HADIS
DHOIF SERTA PEMBAHAGIANNYA
Hadis dhoif merupakan salah satu pembahagian daripada ilmu
hadis.Perbincangan terhadap hadis dhoif dilakukan agar dapat dibezakan dengan
hadis yang sohih.Sepertimana yang sudah diketahui bahawa syarat bagi sesebuah
untuk diiktiraf sebagai sohih adalah:
- . العدالة
- . الضبط
- . اتصال السند
- . فقد الشذوذ
- . فقد العلة القادحة
Maka perbincangan hadis dhoif wujud adalah disebabkan
sesebuah hadis itu kehilangan syarat yang telah diletakkan oleh para
muhadithin.Secara ringkasnya,sesebuah hadis itu dikategorikan sebagai dhoif
adalah disebabkan dua sebab yang utama iaitu:
·
انقطاع السند (Terputus sanad)
·
الطعن في الراوي (Celaan pada perawi)
Oleh itu,tulisan kali ini diwujudkan agar kita dapat
mengenali gambaran hadis dhoif melalui dua sebab yang telah dinyatakan iaitu
terputus sanad dan juga celaan terhadap perawi.
انقطاع
السند(Terputus
sanad)
Sepertimana
yang sudah dinyatakan bahawa antara sebab sesebuah hadis dikategorikan sebagai
dhoif adalah terputus sanad.Di sini kita akan melihat beberapa jenis/gambaran
hadis yang terputus sanadnya
1.
االمرسل
2.
المعلق
3.
المنقطع
4.
المعضل
المرسل
Dari segi bahasa المرسل bermaksud الإطلاق atau عدم المنع.Ibnu
Hajar al-asqalani(w.852 H) menyebut المرسل adalah
هو
ما سقط من آخره من بعد
التابعي
“apa yang
digugurkan pada akhir sanad iaitu mereka yang berada selepas tabien”
Begitu juga Imam as-Sayuti (w.911 H) mentakrifkan المرسل dengan
هو
قول التابعي قال رسول الله صلى الله عليه وسلم
“ia merupakan
kata tabein: telah bersabda rasulullah saw”
Melalui dua takrif yang telah diberikan oleh dua orang muhadithin
tadi kita dapat simpulkan bahawa المرسل adalah sandaran tabien kepada rasulullah
saw dengan menggugurkan sahabat r.a yang menjadi perantaraan antara tabien dan
juga nabi saw.
HUKUM TERHADAP المرسل
Para muhadithin menghukum المرسل sebagai kategori dhoif kerana ketiadaan
syarat hadis sohih iaitu bersambung sanad dan juga kesamaran terhadap siapa
yang digugurkan.Namun sebahagian Para
muhadithin berselisih pendapat tentang hukum penggunaan jenis dengan alasan mereka yang digugurkan daripada
sanad adalah para sahabat r.anhum.sepertimana kaedah yang telah dinyatakan oleh
pensyarah university al al-bayt mafraq berkaitan para sahabat di dalam buku
beliau المفيد في تقعيد علوم الحديث
الصحابة عدول
“para sahabat
adalah adil(kuat hafazan dan penjagaan terhadap hadis nabi)”
Di sini kita dapat simpulkan pendapat ulama berkaitan hukum المرسل
kepada tiga pendapat:
- Mazhab jumhur para ahli hadis bahawa المرسل adalah dhoif tanpa ragu kerana kekurangan syarat penerimaan hadis sohih iaitu terputus sanadnya.
- Pendapat abu Hanifah (w.150 H ) dan Imam Malik b Anas(w.179 H) bahawa boleh berhujah dengan المرسل dengan syarat mereka yang meriwayatkan adalah dari kalangan tabien yang thiqoh seperti sa’id bin musayyab,hasan al-basri dan Muhammad bin shihab al-zuhri.
- Pendapat Imam As-syafie (w.204 H) bahawa المرسل itu sendiri merupakan hadis yang dhoif namun ianya boleh dijadikan sebagai hujag dengan mendatang qarinah(bukti) dan juga diriwayatkan daripada tabien besar seperti sa’id bin Musayyab(w.94 H).di antara qarinah tersebut adalah
·
Perlu didatangkan dengan riwayat
yang lain
·
Yang meriwayatkan itu adalah dari
kalangan perawi yang thiqoh
·
Perlu didatangkan dengan kata-kata
para sahabat
·
Didatangkan dengan fatwa para
tabien
Setelah beberapa pembacaan saya lebih cenderung kepada pendapat
Imam as-syafie yang tidak menolak terus penggunaan hadis المرسل dan juga tidak
menerima bulat-bulat.beliau lebih cenderung untuk menerima hadis المرسل
dengan mendatangkan المتابعات(mendatangkan riwayat yang lain) bagi menguatkan riwayat المرسل yang
sedia ada.
CONTOH المرسل
Riwayat daripada Imam syafie
أخبرنا سعيد عن
ابن جريج قال أخبرني حميد الأعراج عن مجاهد أنه قال كان النبي صلى الله عليه وسلم يظهر
من التلبية لبيك اللهم لبيك ...........إلخ
"Telah mengkhabarkan kepada kami sa’id b juraij beliau berkata telah
mengkhabarkan kepada aku humaid al-‘araj daripada mujahid beliau berkata
sesungguhnya nabi saw menzahirkan talbiah dengan menyebut labaikallahumma
labaik….."
Cuba lihat dalam sanad tersebut.Mujahid merupakan seorang tabien
dan beliau bukan daripada kalangan sahabat serta tidak pernah berjumpa dan
bertemu rasulullah saw.di dalam sanad ini tidak disebutkan siapa perantara
antara beliau dengan nabi saw.oleh itu hadis ini disebut sebagai المرسل
Bersambung....
rujukan
- نزهة النظر في توضيح نخبة الفكر في مصطلاح أهل الأثر karangan ibnu hajar al-asqalani (w.852 H)
- منهج النقد في علوم الحدبث karangan dr nuruddin itr
- المنهج الحديث في علوم الحديث karangan dr muhammad mukhtar mufti
- المفيد في تقعيد علوم الحديث karangan dr ali bin ibrahim b sa'ud ali 'ajin
No comments:
Post a Comment