Dari segi istilah Imam As-sayuti mentakrifkan المنقطع
dengan
كل الحديث لم يتصل
إسناده على أي وجه كان إنقطاعه
“setiap hadis
yang tidak bersambung sanadnya dimana-mana tempat dalam sanad”
Manakala Ibnu Hajar Al-Asqalani memberikan takrif المنقطع sebagai
فإن كان الساقط
باثنين غير متواليين في موضعين مثلا
“sekiranya
yang gugur itu dua orang tanpa berturut contohnya gugur pada dua tempat(di
dalam sanad)”
Sepertimana yang diterangkan oleh doktor Nuruddin Itr المنقطع
adalah
“hadis yang
gugur di dalam sanadnya seorang perawi sebelum sahabat pada satu tempat atau
tempat yang berbeza di mana bukan secara berturut dan bukan juga terjadi pada
awal sanad”
Daripada takrif
yang telah dinyatakan kita dapat simpulkan bahawa المنقطع adalah hadis yang terputus sanad di
mana-mana tempat di dalam sanad bukan secara berturutan.Sebahagian para ahli
hadis kotemporari mereka menambah bahawa المنقطع terjadi jika terdapat di dalam sanad
perawi yang majhul(tidak diketahui)
HUKUM المنقطع
Tidak syak lagi bahawa hadis المنقطع merupakan hadis yang dihukum dhoif dan
tidak boleh dijadikan sebagai hujah kepada gugur di dalam sanadnya perawi yang
membawa kepada ketidak tahuan siapa perawi yang digugurkan.
CONTOH المنقطع
Hadis riwayat Abu Daud
حدثنا شجاع بن مخلد
ثنا هشيم أخبرنا يونس بن عبيد عن الحسن أن عمر بن الخطاب جمع الناس على أبي بن كعب
فكان يصلي لهم عشرين ليلة ولا يقنت بهم إلا في النصف الباقي
“Telah
menceritakan kepada kami syuja’ b mukhlid telah menceritakan kepada kami hasyim
telah mengkhabarkan kepada kami Yunus b ‘Ubaid daripada Hassan al-basri
sesungguhnya Umar b al-khattab telah mengumpulkan manusia dengan berimamkan
ubai b ka’ab sesungguhnya dia telah mengimamkan solat selama 20 malam tanpa
qunut kecuali 10 malam yang berbaki”
Sepertimana yang dijelaskan oleh Imam Al-munziri(w.656 H) di dalam
kitabnya tahzib as-sunan berkaitan hadis ini
“hasan
al-basri lahir pada tahun 21 H manakala umar r.a meninggal pada akhir tahun 23
H mana mungkin beliau mendengar daripada
Umar”
Maka hadis ini di hukum sebagai المنقطع kerana terdapat
keguguran perawi di antara hasan al-basri dan Umar r.a
Mari kita lihat pula hadis riwayat Imam At-Tarmizi
حدثنا علي بن حجر
حدثنا معمر بن سليمان الرقي عن الحجاج بن أرطأة عن عبد الجبار بن وائل عن أبيه قال
استكرهت امرأة على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم فدرأ عنها الحد وأقامه على الذي
أصابها...الحديث
“Telah
menceritakan kepada kami Ali b Hajar telah menceritakan kepada kami Ma’mar b
Sulaiman al-raqi daripada hajjaj b artaah daripada abdul jabar b wa’il daripada
ayahnya beliau berkata pada zaman rasulullah saw seorang wanita telah dipaksa
maka diangkat hukuman had keatasnya dan dikenakan had pada orang yang
memaksanya”
Komentar Imam Bukhari berkaitan hadis ini beliau menyebutkan
“Hajjaj B
Artaah tidak mendengar daripada abdul jabar b wa’il dan abdul jabar tidak
pernah mendengar dari ayahnya kerana beliau lahir selepas kematian ayahnya”
Maka hadis ini dihukum المنقطع kerana gugur perawi pada dua tempat iaitu
di antara Hajjaj dan abdul jabar juga gugur perawi di antara abdul jabar dan
ayahnya tapi bukan secara berturut
Bersambung..
Rujukan:
Rujukan:
- نزهة النظر في توضيح نخبة الفكر في مصطلاح أهل الأثر karangan ibnu hajar al-asqalani (w.852 H)
- منهج النقد في علوم الحدبث karangan dr nuruddin itr
- المنهج الحديث في علوم الحديث karangan dr muhammad mukhtar mufti
- المفيد في تقعيد علوم الحديث karangan dr ali bin ibrahim b sa'ud ali 'ajin
No comments:
Post a Comment