Tuesday, April 23, 2013

SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU HADIS SIRI 1


Bila berbicara tentang hadis Rasulullah saw pastinya kita akan terbayang nama Abu Hurairah ra yang terkenal sebagai sahabat yang banyak meriwayatkan hadis daripada Rasulullah saw atau mungkin Imam Bukhari(w.256 H) yang terkenal dengan kitabnya Sahih al-Bukhari dan mungkin juga Imam-imam muhadithin yang lain..bila mempelajari Hadis maka tidak akan lari daripada apa yang dinamakan sebagai ulum hadis(Ilmu-ilmu yang berkaitan  dengan hadis).Maka setiap plajar yang mempelajari hadis tidak dapat tidak harus menguasai apa yang berkaitan dengan ulum hadis sebelum pergi ke peringkat yang lebih jauh

Ulum hadith adalah suatu ilmu di mana setiap penuntut ilmu akan didedahkan dengan segalam ilmu yang berkaitan dengan hadith seperti ilmu Jarh wa ta’dil,ilmu takhrij al-hadis,ilmu mukhtalif al-hadis,al-sabiq wa al-lahiq dan lain-lain lagi.secara umumnya istilah ulum hadis ini telah mendapat perhatian dari kalangan ulama Hadith dan mereka membahagikan ilmu hadis kepada dua

1`.علم الحديث الرواية أو علم رواية الحديث-Berkaitan dengan periwayatan hadis dan penjagaan riwayat
2.علم الحديث الدراية أو علم دراية الحديث-kata Izzudin bin jama’ah:”ilmu berkaitan dengan pengkajian dari segi sanad dan matan”

SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU HADIS

                Setiap perkara pasti ada sejarah perkembangan.Perkembangan ulum-Quran menyebabkan ilmu lain juga turut mengalami perkara yang sama khususnya ilmu hadis.Bagaimana ilmu hadis boleh berkembang pesat sehingga mempunyai disiplin ilmu yang tersendiri? Sehingga ianya menjadi lebih tersusun sepertimana yang ada di zaman kita?
Mari kita selusuri sejarah perkembangan Ilmu Hadis…..

1.        1.PERINGKAT AWAL: ZAMAN RASULULLAH SAW

Di zaman ini Ilmu hadis belum lagi diperkenalkan secara khusus dan belum mempunyai disiplin yang tersendiri namun kaedah periwayatan sudah muncul secara tidak langsung diperingkat ini.
Iaitu para Sahabat r.a mendengar daripada Rasulullah saw kemudian menyampaikan kepada sahabat yang lain yang tiada semasa sesuatu hadis dinukilkan daripada Rasulullah saw.
Sehingga Rasulullah saw bersabda:

”نضر الله امرأ سمع منا شيئا فبلغه كما سمع فرب مبلغ أوعى من سامع"
Maksudnya:”Allah akan mengelokkan wajah seseorang yang mendengar sesuatu daripada kami kemudian dia menyampaikan apa yang didengari moga-moga orang yang menyampaikan lebih faham daripada yang mendengar”
(Riwayat Tarmizi, kitab العلم   bab ما جاء في الحث على تبليغ السامع
No.2657)
Dan pada peringkat ini Para sahabat lebih menjurus kepada periwayatan,hafalan dan penyampaian.Disebabkan para Sahabat r.a terkenal dengan kuat hafalan dan segala yang diriwayatkan oleh  mereka semuanya adalah benar dan menjadikan riwayat mereka jauh daripada keraguan penipuan dan lupa.sehingga datang kaedah kepada para sahabat

الصحابة عدول

PENULISAN HADIS DI ZAMAN RASULULLAH SAW

                Sebenarnya penulisan hadis sudah bermula di zaman Rasulullah saw namun penulisan ini tidaklah seperti  apa yang ada di zaman kita ini dan tidak juga penulisan ini menjadi rujukan kepada orang ramai akan tetapi ianya hanya menjadi simpanan para Sahabat r.a yang menulis hadis tersebut.Sepertimana Abu Hurairah r.a berkata:

ما من أصحاب النبي أحد أكثر حديثا عنه مني إلا من عبد الله بن عمرو فإنه كان يكتب ولا أكتب
Maksudnya:”tiada sahabat nabi yang lebih banyak menghafal hadis rasulullah saw daripada aku kecuali Abdullah b amru sesungguhnya da menulis aku pula tidak menulis”
(Riwayat Bukhari,kitab العلم bab كتابة العلم  no 113)

Juga apa yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Amru beliau berkata:

“Aku menulis segala yang aku dengar daripada Rasulullah saw kerana aku ingin menghafalnya dengan tidak semena orang quraisy melarang aku mereka berkata: adakah engkau menulis sesuautu daripada Rasulullah saw seorang manusia kadang-kadang bercakap dalam keadaan marah dan kadang-kadang dalam keadaan redha?maka aku memberhentikan penulisan aku aka aku mengadu hal berikut kepada Rasulullah saw kemudian Rasulullah saw meletakkan tangannya di atas lembaran seraya bersabda:”tulislah demi nyawa aku di tangan-Nya tidak aku berkata kecuali datang dari aku perkara yang benar”
(Riwayat abu Daud di dalam العلم dan Musnad Imam Ahmad 2015/2)

Maka di sini jelas bahawa penulisan hadis sudah muncul di zaman Rasulullah saw akan tetatpi bukanlah ia menjadi rujukan untuk orang ramai.Di antara penulisan atau sahifah yang muncul di peringkat ini:

1. As-sahifah as-sodiqoh yang ditulis oleh Abdullah bin Amru b al-as
2. Sahifah Ali bin Abi talib
3. Sahifah Saad b Ubadah
4. Lembaran yang mengandungi perintah dari Rasulullah saw tentang hokum hakam kepada mereka yang dihantar ke tempat lain

-Kesimpulan pada peringkat ini ilmu hadis tidak muncul dengan disiplin yang tersendiri akan tetapi muncul secara tidak langsung iaitu periwayatan hadis daripada Rasulullah saw kemudian disampaikan kepada sahabat yang lain

2.PERINGKAT KEDUA; ZAMAN SAHABAT R.A

                Selepas kewafatan Rasulullah saw maka terzahir keperluan untuk menjaga riwayat hadis Rasulullah saw oleh itu pada peringkat ini banyak rehlah untuk mencari kethabitan tentang sesebuah hadis dan Para sahabat r.a sentiasa berada dalam keadaan berjaga kerana takut apa yang diriwayatkan kemungkinan salah ataupun terlupa
Perkara ini boleh dilihat daripada perbuatan Abu Bakar as-siddiq r.a apabila beliau diminta untuk memberi hak tinggalan(mirath) kepada جدة(nenek) mari kita lihat bagaimana telitinya Abu Bakar dalam menerima riwayat hadis

“telah datang seorang nenek kepada Abu Bakar r.a dia berkata kepada Abu Bakar:”sesungguhnya cucu lelaki ku telah mati,aku dikhabarkan bahawa hak aku terdapat di dalam Al-quran,maka Berkata Abu Bakar r.a:”aku tidak dapati di dalam Al-quran hak kamu wahai nenek  dan aku tidak pernah Rasulullah saw berbuat demikian beliau kemudian bertanya kepada orang ramai. Maka Mughirah bin syu’bah menyaksikan bahawa Rasulullah saw member hak 1/6 kepada nenek.Abu Bakar siapa lagi yang mendengar selain kamu? Mughirah bin Syu’bah berkata:”Muhammad bin Maslamah kemudian Abu Bakar r.a member hak kepada nenek tersebut 1/6 kemudian terjadi hal yang sama pada zaman Umar r.a”
(Riwayat Tarmizi kitab الفرائض  bab ما جاء في ميراث الجدة  no 2100 &2101)

Begitu juga apa yang berlaku pada kisah الإستئذان ثلاثا (Riwayat Bukhari kitab الإستئذان bab التسليم والإستئذان ثلاثا no 2645)
Di peringkat ini juga para Sahabat mula mencari siapa yang meriwayatkan hadis terutama pada zaman fitnah iaitu selepas kematian saidina Uthman r.a sehingga Ibnu sirin(w.110) meyebutkan:

لم يكون يسألون عن الإسناد فلما وقعت الفتنة قالوا: سموا لنا رجالكم فينظر إلى أهل السنة فيؤخذ حديثهم وينظر إلى أهل البدع فلا يؤخذ حديثهم
Maksudnya:”sebelum ini para sahabat r.a tidak langsung mempersoalkan tentang sanad apabila terjadi fitnah mereka berkata:”namakan siapa yangkamu riwayatkan daripadanya maka lihat kepada ahli sunnah ambillah hadis daripada mereka dan lihatlah kepada ahli bidaah maka jangan ambil hadis daripada mereka”

REHLAH ILMI DI ZAMAN SAHABAT 

                Demi mencari riwayat maka para Sahabat r.a memperbanyakkan rehlah untuk memastikan riwayat sebuah hadis ini dibuktikan dengan perbuatan Abu Ayyub al-Ansari yang dikenali sebagai sahabat yang selalu melazimi Rasulullah saw bahawa beliau sanggup pergi ke Mesir untuk mendengar hadis daripada Uqbah Bin Amir apabila selesai beliau terus pulang ke Madinah Munawwarah.(ma’rifah ulum hadis karangan al-Hakim Nisaburi)

KAEDAH-KAEDAH YANG DIGUNAKAN DI ZAMAN SAHABAT 
1.Mengurangkan riwayat
2. memastikan periwayatan dengan perincian
3.Bertanya tentang rijal(perawi) yang meriwayatkan hadis
4.Kritikan terhadap riwayat

Sehingga kaedah pada masa itu dikenali dengan
"الحديث عن رسول الله شديد

-Kesimpulan di peringkat ini adalah sepertimana di zaman Rasulullah saw bahawa pada zaman ini ilmu hadis tidak mempunyai disiplin yang tersusun namun zaman ini terzahir beberapa kaedah dalam menerima riwayat hadis oleh para Sahabat dan sebahagian Tabi’en

(Dalam penulisan seterusnya kita akan menyambung sejarah perkembangan ilmu hadis yang seterusnya)

Rujukan
1.صحيح البخاري,الجامع الصحح المسند من حديث رسول الله وسننه وأيامه, Muhammad bin Ismail bin Ibrahim Bin Mughirah Al-Ju’fi Al-Bukhari
2.تحفة الأحواذي بشرح جامع الترميذي, Abi ‘ula Muhammad Abdurrahman ibn Abdurrahim al-mubarakfuri
3. المفيد في تقعيد علوم الحديث,Dr Ali Ajin dar al-hamed 2010
4.المنهج الحديث في علوم الحديث, Dr Mukhtar Mufti,أمواج للنشر والتوزيع 2012
5.منهج النقد في علوم الحديث,Dr nuruddin al-itr,Dar Al-Fikr
6.دراسات في مناهج المحدثين, professor Amin Muhammad Qudhoh professor Amir Hassan Sobri,جهينة,2011


2 comments:

  1. Madah مدخل علوم القرأن nih, hehe. masuk pekse bab nih r2.

    Alhamdulillah, dapatlah pencerahan sikit. :)

    ReplyDelete
  2. Semoga bermanfaat insyaallah sejarah perkembangan siri 2 akan muncul

    ReplyDelete