المعضل dari segi bahasa bermaksud
أعضل
أي أعياه
“menjadi rumit atau sukar”
Dari segi istilah المعضل Ibnu Hajar ‘asqalani menjelaskan bahawa المعضل
adalah”
إن
كان الساقط باثنين فصاعدا مع التوالي
“Jika
perawi menggugurkan dua orang perawi atau lebih secara berturut-turut”
Manakala doktor ‘Ali Ajin salah seorang pensyarah
di university al al-bayt mafraq beliau menyatakan bahawa المعضل adalah
أي
يكون السقط في أي موضع من السند بسقوط اثنين أو أكثر على التوالي
“iaitu
pengguguran(perawi) pada mana-mana tempat di dalam sanad dengan gugurnya dua
orang atau lebih secara berturut-turut”
Kebanyakan para muhadithin member takrif yang hamper
serupa dengan dua takrif di atas..maka dapat difahami bahawa المعضل adalah
pengguguran perawi di dalam sanad secara berturut-turut.
PERBEZAAN ANTARA MU’DHAL DAN MU’ALLAQ
Jika dilihat secara teliti hadis mu’dhal dan juga
hadis Mu’allaq mempunyai beberapa persamaan iaitu gugurnya perawi secara
berturut-turut namun terdapat beberapa perbezaan. ini dinyatakan oleh Doktor
Mukhtar Mufti di dalam tulisan beliau منهج الحديث في علوم
الحديث antara perbezaan
keduanya adalah:
1. المعضل ketikamana gugurnya perawi pada pertengahan rangkaian sanad dua
orang secara berturut ia tidak akan sama dengan المعلق
2. المعلق ketikamana ia gugur perawi pada permulaan sanad secara berturut
ia tidak akan sama dengan المعضل
Namun jika kedua jenis ini gugur perawi pada
permulaan sanad dua orang secara berturut maka ia akan dipanggil sebagai المعضل المعلق.
HUKUM TERHADAP المعضل
Maka tidak syak lagi bahawa Mu’dhal termasuk di
dalam hadis yang dhoif kerana gugurnya perawi secara berturut-turut bahkan ia
lagi dhoif berbanding Mursal kerana Mursal terjadi ketikamana gugur seorang
perawi dari rangkaian sanad manakala Mu’dhal terjadi ketikamana dua orang
perawi digugurkan secara berturut ini akan membawa kepada kejahilan terhadap
status perawi yang digugurkan.
CONTOH المعضل
قال
مالك في المؤطأ بلغني عنأبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال
(للمملوك طعامه وكسوته بالمعروف ولا يكاف من الأعمال إلا ما يطيق)
“Imam
malik rah(W.179 H) berkata di dalam Al-Muwatta’:telah disampaikan kepada aku
daripada Abu Hurairah r.a sesungguhnya Rasulullah saw bersabda: “orang yang
memiliki makanan atau pakaian dia adalah dari yang terbaik dia tidak akan
dibebankan melainkan apa yang dia mampu”(Rujuk Al-Muwatta’ kitab الإستئذان
bab الأمر بالرفق)
Lihat di dalam hadis di atas,sebenarnya Imam
Malik rah telah menggugurkan dua orang perawi di antara beliau dan Abu Hurairah
sebagaiman yang dijelaskan oleh ibn AbdulBar di dalam kitabnya التمهيد
bahawa yang di gugurkan di dalam rangkaian sanad ini adalah Muhammad b ‘Ajlan
dan ayahnya.
- نزهة النظر في توضيح نخبة الفكر في مصطلاح أهل الأثر karangan ibnu hajar al-asqalani (w.852 H)
- منهج النقد في علوم الحدبث karangan dr nuruddin itr
- المنهج الحديث في علوم الحديث karangan dr muhammad mukhtar mufti
- المفيد في تقعيد علوم الحديث karangan dr ali bin ibrahim b sa'ud ali 'ajin
- المدخل إلى دراسة علوم الحديث karangan Syed Abdul Majid Al-Ghauri
No comments:
Post a Comment