Thursday, November 14, 2013

HADIS MU'ALLAQ SERTA HUKUM BERKAITAN

المعلق dari segi bahasa bermaksud

ربط الشيء بالسقف وقطعه في السفل
“menyambung sesuatu di atas dan sebahagiannya di bawah”

Mengikut pandangan Ibnu Hajar Al-asqalani beliau berpandangan bahawa المعلق adalah :

أن يحذف جميع السند ويقال مثلا  قال رسول الله ومنها أن يحذف إلا الصحابي أو إلا التابعي والصحابي معا ومنها أن يحذف من حدثه ويضيفه إلى من هو فوقه

“iaitu apa yang dibuang keseluruhan sanad contohnya sabda Rasulullah ataupun dibuang sanad dan ditinggalkan nama sahabat sahaja atau sahabat dan tabien ataupun membuang sesiapa yang meriwayatkan hadis kepadanya dan mengekalkan sesiapa yang selepas itu”

secara ringkasnya المعلق boleh disebut sebagaimana yang dikatakan oleh Imam as-sayuti  sebagai

ما حذف من مبدأ إسناده راو فأكثر على التوالي

“Apa yang dibuang dari permulaan sanad seorang perawi atau lebih secara berturut-turut”

BAGAIMANA MU’ALLAQ BERLAKU?

1.      Dibuang keseluruhan sanad kemudian berkata ‘sabda Rasulullah saw’
Cth:
قول البخاري وقال النبي صلى الله عليه وسلم من صام رمضان........ الحديث

“Kata  Imam Bukhari beliau berkata telah bersabda Rasulullah saw”sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan”(rujuk Fath al-Bari syarh Sahih Bukhari 112/4)

2.      Dibuang sanad kecuali  sahabat atau ditinggalkan sahabat dan tabien

Sepertimana yang diletakkan oleh Imam Bukhari di dalam kitab الصوم

قال البخاري قالت عائشة رضي الله عنها عن النبي صلى الله عليه وسلم يبعثون على نيته
“Kata Imam Bukhari bahawa telah berkata Aisyah r.anha daripada nabi saw
“……..mereka dibangkitkan berdasarkan niat mereka…”
(rujuk Fath Al-Bari syarh Sahih Bukhari 115/4)

HUKUM HADIS MU’ALLAQ

Hadis Mua’llaq adalah hadis yang dhoif serta tertolak kerana kurang syarat iaitu terputus sanad sepertimana kita tahu bahawa sanad adalah elemen yang sangat penting di dalam hadis dan merupakan salah satu penentu bahawa hadis itu diterima atau tidak.

HUKUM HADIS MUA’LLAQ DI DALAM الصحيحين( BUKHARI & MUSLIM)

  Di dalam Sahih Bukhari
·         Di dalam sahih Bukhari Imam Bukhari akan meyambung hadis mu’allaq di tempat yang lain kerana Imam Bukhari tidak mahu mengulangi hadis yang sama didalam satu bab.oleh itu Imam Bukhari kadang-kadang Imam Bukhari tidk meletakkan sanad secara penuh bagi sesuatu hadis kerana ingin meringkaskan hadis tersebut.

·         Kadang-kadang Imam Bukhari tidak langsung menyambung sanad di tempat lain.Bagi keadaan seperti ini ada dua perkara yang mesti diteliti oleh para penuntut ilmu

-menggunakan sighah الجزم seperti قال,روى, أمر ,فع.Jika beliau menggunakan shighah seperti maka ia adalah sahih kerana Imam Bukhari tidak akan menggunakan sighah ini kecuali ianya telah dinisbahkan sahih oleh beliau

-Menggunakan sighah التمريض seperti قيل,روي.Jika beliau menggunakan sighah ini maka ianya bukan hadis yang sohih namun tidaklah sampai ke darjat dhoif yang keterlaluan.
Ibnu Hajar Al-asqalani menulis di dalam muqaddimah Fath Al-bari hadi as-sari bahawa         sighah التمريض yang digunakan oleh Imam Bukhari ada yang  bertaraf sohih ada yang hasan dan ada juga yang dhoif.

Setelah beberapa penelitian diketahui bahawa Imam Bukhari hanya meletakkan sighah seperti di dalam ترجمة الباب(tajuk bagi sesuatu bab) bukan di dalam hadis bab.

Bagi Imam Muslim beliau akan menyambung sanad yang bertaraf mu’allaq di tempat yang lain.


Bersambung…..

Rujukan:

  1. نزهة النظر في توضيح نخبة الفكر في مصطلاح أهل الأثر  karangan ibnu hajar al-asqalani (w.852 H)
  2. منهج النقد في علوم الحدبث karangan dr nuruddin itr
  3. المنهج الحديث في علوم الحديث karangan dr muhammad mukhtar mufti
  4. المفيد في تقعيد علوم الحديث karangan dr ali bin ibrahim b sa'ud ali 'ajin

No comments:

Post a Comment