Menghabiskan buku karangan guru kesayangan Sheikh Dr Solah
al-kholidi hafizahullah adalah satu kepuasan. Buku yang bertajuk الخطة
البراقة لذي النفس التواقة ( Langkah bagi diri yang ingin ke
hadapan) merupakan antara karya beliau yang paling menarik.Ianya adalah
sebuah tulisan dimana kebanyakannya berkisar tentang pemuda dan perkara yang harus dilakukan oleh para pemuda.Seakan-akan sheikh solah
ingin memberitahu apa yang harus dilakukan sepanjang kehidupan kita.
karangan guru kami sheikh Dr Solah Al-kholidi
PEMUDA DAN MASA
Apabila
membaca dan mengamati buku ini saya dapati satu tajuk yang amat menarik yang
dikupas oleh fadhilat sheikh solah al-kholidi.Ianya berkisar surah
al-asr.Firman Allah swt
والعصر.غن
الإنسان لفي الخسر.إلا الذين آمنوا وعملوا الصالحات وتواصوا بالحق وتواصوا بالصبر
Maksudnya:”Demi masa.Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh
serta berpesan-pesan akan kebenaran (juga) berpesan-pesan akan kesabaran”
(Surah al-asr ayat 1-3)
Ayat ini mempunyai pelbagai pengajaran yang
boleh diambil dan dijadikan sebagai pedoman di dalam hidup.Namun apakan daya,kemalasan yang mencengkam umat islam kini
menjadikan ayat ini hanya dibaca tanpa ditadabbur lalu pembacaan tanpa ruh
menyebabkan tidak banyak faedah yang boleh diamalkan dek kerana keculasan
dalam mentadabbur apatah lagi mengambil
istifadah.
Kata sheikh solah di dalam tulisan beliau
ketika mengulas tentang ayat 2 dari Surah Al-Asr
يخسرون عصرهم وعمرهم وزمنهم لأنهم يضيعون هذا العصر والعمر سدى ولا يحسنون
الاستفادة منه ولا يحسنون عصره والضغط عليه والانتفاع بما فيه من ساعات وأيام وشهر
وأعوام
Maksudnya:”mereka rugi masa kerana membazirkan umur tanpa faedah juga
tidak memperbaiki apa yang patut mereka lakukan dengan masa yang ada serta
tidak mengambil manfaat daripada jam,hari,bulan serta tahun(yang telah
diberikan kepada mereka)”
(الخطة البراقة لذي النفس التواقة m/s 13)
Perkara ini yang harus diberi perhatian
oleh para pemuda...menggunakan waktu yang ada untuk megambil manfaat dan memberi
manfaat…tidak membazirkan masa dengan
perkara yang langsung tiada faedah..kerana menggunakan masa sebaiknya adalah
satu daripada tanda keimanan seseorang…kerana di dalam ayat tersebut menyebut
amal soleh selepas beriman kepada Allah…dan amal soleh tersebut mempunyai
maksud terlalu luas termasuklah penggunaan masa dengan sebaiknya(الخطة البراقة لذي النفس التواقة m/s 14)
Waktu
muda jika tidak digunakan sebaiknya maka nantikan penyesalan…tiada lagi
flashback seperti mana di dalam filem atau drama…
Bacalah
kisah-kisah para ilmuwan terdahulu atau generasi as- salaf as-soleh pasti anda
akan terpegin akan kesungguhan mereka dalam menggunakan waktu dan umur secara
maksimum kearah yang bermanfaat.
Antara buku yang perlu dibaca...ianya mengandungi kisah-kisah tentang cara para generasi terdahulu menggunakan waktu mereka
CORETAN RINGKAS
Coretan
ringkas ini bukan untuk perbincangan ilmiah(Dek kerana terlalu lama
meninggalkan bidang penulisan)..namun
sebagai satu peringatan kita bersama...sekadar mana kita menghabiskan
masa dan wktu kita adakah untuk berfoya…berseronok…
Kata al-wazir al-solih al-faqih Yahya bin
Hubairah
والوقت أنفس ما عنيت بحفظه # وأراه أسهل ما عليك يضيع
Maksudnya:”sesungguhnya waktu itu adalah diri yang seharusnya kau
jaga aku lihat ia lebih mudah hilang daripada kau”
P/S :bagi yang
sudah tamat peperiksaan gunakan waktu anda dengan baik…rancang agar ia tidak mudah dibazirkan tanpa tujuan…


No comments:
Post a Comment