Thursday, November 21, 2013

HADIS MU'DHAL SERTA HUKUM BERKAITAN

المعضل dari segi bahasa bermaksud
أعضل أي أعياه
 “menjadi rumit atau sukar”

Dari segi istilah المعضل Ibnu Hajar ‘asqalani menjelaskan bahawa المعضل adalah”

إن كان الساقط باثنين فصاعدا مع التوالي
“Jika perawi menggugurkan dua orang perawi atau lebih secara berturut-turut”
Manakala doktor ‘Ali Ajin salah seorang pensyarah di university al al-bayt mafraq beliau menyatakan bahawa المعضل adalah

أي يكون السقط في أي موضع من السند بسقوط اثنين أو أكثر على التوالي
“iaitu pengguguran(perawi) pada mana-mana tempat di dalam sanad dengan gugurnya dua orang atau lebih secara berturut-turut”

Kebanyakan para muhadithin member takrif yang hamper serupa dengan dua takrif di atas..maka dapat difahami bahawa المعضل adalah pengguguran perawi di dalam sanad secara berturut-turut.

PERBEZAAN ANTARA MU’DHAL DAN MU’ALLAQ

Jika dilihat secara teliti hadis mu’dhal dan juga hadis Mu’allaq  mempunyai beberapa  persamaan iaitu gugurnya perawi secara berturut-turut namun terdapat beberapa perbezaan. ini dinyatakan oleh Doktor Mukhtar Mufti di dalam tulisan beliau منهج الحديث في علوم الحديث antara perbezaan keduanya adalah:
1.      المعضل ketikamana gugurnya perawi pada pertengahan rangkaian sanad dua orang secara berturut ia tidak akan sama dengan المعلق
2.      المعلق ketikamana ia gugur perawi pada permulaan sanad secara berturut ia tidak akan sama dengan المعضل
Namun jika kedua jenis ini gugur perawi pada permulaan sanad dua orang secara berturut maka ia akan dipanggil sebagai المعضل المعلق.

HUKUM TERHADAP المعضل

Maka tidak syak lagi bahawa Mu’dhal termasuk di dalam hadis yang dhoif kerana gugurnya perawi secara berturut-turut bahkan ia lagi dhoif berbanding Mursal kerana Mursal terjadi ketikamana gugur seorang perawi dari rangkaian sanad manakala Mu’dhal terjadi ketikamana dua orang perawi digugurkan secara berturut ini akan membawa kepada kejahilan terhadap status perawi yang digugurkan.

CONTOH المعضل

قال مالك في المؤطأ بلغني عنأبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال
(للمملوك طعامه وكسوته بالمعروف ولا يكاف من الأعمال إلا ما يطيق)

“Imam malik rah(W.179 H) berkata di dalam Al-Muwatta’:telah disampaikan kepada aku daripada Abu Hurairah r.a sesungguhnya Rasulullah saw bersabda: “orang yang memiliki makanan atau pakaian dia adalah dari yang terbaik dia tidak akan dibebankan melainkan apa yang dia mampu”(Rujuk Al-Muwatta’ kitab الإستئذان bab الأمر بالرفق)

Lihat di dalam hadis di atas,sebenarnya Imam Malik rah telah menggugurkan dua orang perawi di antara beliau dan Abu Hurairah sebagaiman yang dijelaskan oleh ibn AbdulBar di dalam kitabnya التمهيد bahawa yang di gugurkan di dalam rangkaian sanad ini adalah Muhammad b ‘Ajlan dan ayahnya.


  1. نزهة النظر في توضيح نخبة الفكر في مصطلاح أهل الأثر  karangan ibnu hajar al-asqalani (w.852 H)
  2. منهج النقد في علوم الحدبث karangan dr nuruddin itr
  3. المنهج الحديث في علوم الحديث karangan dr muhammad mukhtar mufti
  4. المفيد في تقعيد علوم الحديث karangan dr ali bin ibrahim b sa'ud ali 'ajin
  5. المدخل إلى دراسة علوم الحديث karangan Syed Abdul Majid Al-Ghauri



Thursday, November 14, 2013

HADIS MU'ALLAQ SERTA HUKUM BERKAITAN

المعلق dari segi bahasa bermaksud

ربط الشيء بالسقف وقطعه في السفل
“menyambung sesuatu di atas dan sebahagiannya di bawah”

Mengikut pandangan Ibnu Hajar Al-asqalani beliau berpandangan bahawa المعلق adalah :

أن يحذف جميع السند ويقال مثلا  قال رسول الله ومنها أن يحذف إلا الصحابي أو إلا التابعي والصحابي معا ومنها أن يحذف من حدثه ويضيفه إلى من هو فوقه

“iaitu apa yang dibuang keseluruhan sanad contohnya sabda Rasulullah ataupun dibuang sanad dan ditinggalkan nama sahabat sahaja atau sahabat dan tabien ataupun membuang sesiapa yang meriwayatkan hadis kepadanya dan mengekalkan sesiapa yang selepas itu”

secara ringkasnya المعلق boleh disebut sebagaimana yang dikatakan oleh Imam as-sayuti  sebagai

ما حذف من مبدأ إسناده راو فأكثر على التوالي

“Apa yang dibuang dari permulaan sanad seorang perawi atau lebih secara berturut-turut”

BAGAIMANA MU’ALLAQ BERLAKU?

1.      Dibuang keseluruhan sanad kemudian berkata ‘sabda Rasulullah saw’
Cth:
قول البخاري وقال النبي صلى الله عليه وسلم من صام رمضان........ الحديث

“Kata  Imam Bukhari beliau berkata telah bersabda Rasulullah saw”sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan”(rujuk Fath al-Bari syarh Sahih Bukhari 112/4)

2.      Dibuang sanad kecuali  sahabat atau ditinggalkan sahabat dan tabien

Sepertimana yang diletakkan oleh Imam Bukhari di dalam kitab الصوم

قال البخاري قالت عائشة رضي الله عنها عن النبي صلى الله عليه وسلم يبعثون على نيته
“Kata Imam Bukhari bahawa telah berkata Aisyah r.anha daripada nabi saw
“……..mereka dibangkitkan berdasarkan niat mereka…”
(rujuk Fath Al-Bari syarh Sahih Bukhari 115/4)

HUKUM HADIS MU’ALLAQ

Hadis Mua’llaq adalah hadis yang dhoif serta tertolak kerana kurang syarat iaitu terputus sanad sepertimana kita tahu bahawa sanad adalah elemen yang sangat penting di dalam hadis dan merupakan salah satu penentu bahawa hadis itu diterima atau tidak.

HUKUM HADIS MUA’LLAQ DI DALAM الصحيحين( BUKHARI & MUSLIM)

  Di dalam Sahih Bukhari
·         Di dalam sahih Bukhari Imam Bukhari akan meyambung hadis mu’allaq di tempat yang lain kerana Imam Bukhari tidak mahu mengulangi hadis yang sama didalam satu bab.oleh itu Imam Bukhari kadang-kadang Imam Bukhari tidk meletakkan sanad secara penuh bagi sesuatu hadis kerana ingin meringkaskan hadis tersebut.

·         Kadang-kadang Imam Bukhari tidak langsung menyambung sanad di tempat lain.Bagi keadaan seperti ini ada dua perkara yang mesti diteliti oleh para penuntut ilmu

-menggunakan sighah الجزم seperti قال,روى, أمر ,فع.Jika beliau menggunakan shighah seperti maka ia adalah sahih kerana Imam Bukhari tidak akan menggunakan sighah ini kecuali ianya telah dinisbahkan sahih oleh beliau

-Menggunakan sighah التمريض seperti قيل,روي.Jika beliau menggunakan sighah ini maka ianya bukan hadis yang sohih namun tidaklah sampai ke darjat dhoif yang keterlaluan.
Ibnu Hajar Al-asqalani menulis di dalam muqaddimah Fath Al-bari hadi as-sari bahawa         sighah التمريض yang digunakan oleh Imam Bukhari ada yang  bertaraf sohih ada yang hasan dan ada juga yang dhoif.

Setelah beberapa penelitian diketahui bahawa Imam Bukhari hanya meletakkan sighah seperti di dalam ترجمة الباب(tajuk bagi sesuatu bab) bukan di dalam hadis bab.

Bagi Imam Muslim beliau akan menyambung sanad yang bertaraf mu’allaq di tempat yang lain.


Bersambung…..

Rujukan:

  1. نزهة النظر في توضيح نخبة الفكر في مصطلاح أهل الأثر  karangan ibnu hajar al-asqalani (w.852 H)
  2. منهج النقد في علوم الحدبث karangan dr nuruddin itr
  3. المنهج الحديث في علوم الحديث karangan dr muhammad mukhtar mufti
  4. المفيد في تقعيد علوم الحديث karangan dr ali bin ibrahim b sa'ud ali 'ajin

Wednesday, November 6, 2013

HADIS MUNQATI' SERTA HUKUM BERKAITAN


Dari segi istilah Imam As-sayuti mentakrifkan المنقطع dengan


كل الحديث لم يتصل إسناده على أي وجه كان إنقطاعه
“setiap hadis yang tidak bersambung sanadnya dimana-mana tempat dalam sanad”

Manakala Ibnu Hajar Al-Asqalani memberikan takrif المنقطع sebagai

فإن كان الساقط باثنين غير متواليين في موضعين مثلا

“sekiranya yang gugur itu dua orang tanpa berturut contohnya gugur pada dua tempat(di dalam sanad)”

Sepertimana yang diterangkan oleh doktor Nuruddin Itr المنقطع adalah

hadis yang gugur di dalam sanadnya seorang perawi sebelum sahabat pada satu tempat atau tempat yang berbeza di mana bukan secara berturut dan bukan juga terjadi pada awal sanad”

            Daripada takrif yang telah dinyatakan kita dapat simpulkan bahawa المنقطع adalah hadis yang terputus sanad di mana-mana tempat di dalam sanad bukan secara berturutan.Sebahagian para ahli hadis kotemporari mereka menambah bahawa المنقطع terjadi jika terdapat di dalam sanad perawi yang majhul(tidak diketahui)

HUKUM المنقطع

Tidak syak lagi bahawa hadis المنقطع merupakan hadis yang dihukum dhoif dan tidak boleh dijadikan sebagai hujah kepada gugur di dalam sanadnya perawi yang membawa kepada ketidak tahuan siapa perawi yang digugurkan.

CONTOH  المنقطع

Hadis riwayat Abu Daud

حدثنا شجاع بن مخلد ثنا هشيم أخبرنا يونس بن عبيد عن الحسن أن عمر بن الخطاب جمع الناس على أبي بن كعب فكان يصلي لهم عشرين ليلة ولا يقنت بهم إلا في النصف الباقي
“Telah menceritakan kepada kami syuja’ b mukhlid telah menceritakan kepada kami hasyim telah mengkhabarkan kepada kami Yunus b ‘Ubaid daripada Hassan al-basri sesungguhnya Umar b al-khattab telah mengumpulkan manusia dengan berimamkan ubai b ka’ab sesungguhnya dia telah mengimamkan solat selama 20 malam tanpa qunut kecuali 10 malam yang berbaki”

Sepertimana yang dijelaskan oleh Imam Al-munziri(w.656 H) di dalam kitabnya tahzib as-sunan berkaitan hadis ini

hasan al-basri lahir pada tahun 21 H manakala umar r.a meninggal pada akhir tahun 23 H  mana mungkin beliau mendengar daripada Umar”

Maka hadis ini di hukum sebagai المنقطع kerana terdapat keguguran perawi di antara hasan al-basri dan Umar r.a

Mari kita lihat pula hadis riwayat Imam At-Tarmizi

حدثنا علي بن حجر حدثنا معمر بن سليمان الرقي عن الحجاج بن أرطأة عن عبد الجبار بن وائل عن أبيه قال استكرهت امرأة على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم فدرأ عنها الحد وأقامه على الذي أصابها...الحديث

“Telah menceritakan kepada kami Ali b Hajar telah menceritakan kepada kami Ma’mar b Sulaiman al-raqi daripada hajjaj b artaah daripada abdul jabar b wa’il daripada ayahnya beliau berkata pada zaman rasulullah saw seorang wanita telah dipaksa maka diangkat hukuman had keatasnya dan dikenakan had pada orang yang memaksanya”

Komentar Imam Bukhari berkaitan hadis ini beliau menyebutkan

Hajjaj B Artaah tidak mendengar daripada abdul jabar b wa’il dan abdul jabar tidak pernah mendengar dari ayahnya kerana beliau lahir selepas kematian ayahnya”

Maka hadis ini dihukum المنقطع kerana gugur perawi pada dua tempat iaitu di antara Hajjaj dan abdul jabar juga gugur perawi di antara abdul jabar dan ayahnya tapi bukan secara berturut

Bersambung..

Rujukan:


  1. نزهة النظر في توضيح نخبة الفكر في مصطلاح أهل الأثر  karangan ibnu hajar al-asqalani (w.852 H)
  2. منهج النقد في علوم الحدبث karangan dr nuruddin itr
  3. المنهج الحديث في علوم الحديث karangan dr muhammad mukhtar mufti
  4. المفيد في تقعيد علوم الحديث karangan dr ali bin ibrahim b sa'ud ali 'ajin












Tuesday, November 5, 2013

HADIS MURSAL SERTA HUKUM BERKAITAN

HADIS DHOIF  SERTA PEMBAHAGIANNYA

Hadis dhoif merupakan salah satu pembahagian daripada ilmu hadis.Perbincangan terhadap hadis dhoif dilakukan agar dapat dibezakan dengan hadis yang sohih.Sepertimana yang sudah diketahui bahawa syarat bagi sesebuah untuk diiktiraf sebagai sohih adalah:
  • .       العدالة
  • .      الضبط
  • .      اتصال السند
  • .      فقد الشذوذ
  • .      فقد العلة القادحة


Maka perbincangan hadis dhoif wujud adalah disebabkan sesebuah hadis itu kehilangan syarat yang telah diletakkan oleh para muhadithin.Secara ringkasnya,sesebuah hadis itu dikategorikan sebagai dhoif adalah disebabkan dua sebab yang utama iaitu:

·         انقطاع السند (Terputus sanad)
·         الطعن في الراوي (Celaan pada perawi)

Oleh itu,tulisan kali ini diwujudkan agar kita dapat mengenali gambaran hadis dhoif melalui dua sebab yang telah dinyatakan iaitu terputus sanad dan juga celaan terhadap perawi.

انقطاع السند(Terputus sanad)

Sepertimana yang sudah dinyatakan bahawa antara sebab sesebuah hadis dikategorikan sebagai dhoif adalah terputus sanad.Di sini kita akan melihat beberapa jenis/gambaran hadis yang terputus sanadnya

1.      االمرسل
2.      المعلق
3.      المنقطع
4.      المعضل

المرسل

Dari segi bahasa المرسل bermaksud الإطلاق  atau  عدم المنع.Ibnu Hajar al-asqalani(w.852 H) menyebut المرسل adalah
هو ما سقط من آخره من بعد التابعي

“apa yang digugurkan pada akhir sanad iaitu mereka yang berada selepas tabien”
Begitu juga Imam as-Sayuti (w.911 H) mentakrifkan المرسل dengan

هو قول التابعي قال رسول الله صلى الله عليه وسلم

“ia merupakan kata tabein: telah bersabda rasulullah saw”

Melalui dua takrif yang telah diberikan oleh dua orang muhadithin tadi kita dapat simpulkan bahawa المرسل adalah sandaran tabien kepada rasulullah saw dengan menggugurkan sahabat r.a yang menjadi perantaraan antara tabien dan juga nabi saw.

HUKUM TERHADAP المرسل

Para muhadithin menghukum المرسل sebagai kategori dhoif kerana ketiadaan syarat hadis sohih iaitu bersambung sanad dan juga kesamaran terhadap siapa yang digugurkan.Namun sebahagian  Para muhadithin berselisih pendapat tentang hukum penggunaan jenis  dengan alasan mereka yang digugurkan daripada sanad adalah para sahabat r.anhum.sepertimana kaedah yang telah dinyatakan oleh pensyarah university al al-bayt mafraq berkaitan para sahabat di dalam buku beliau المفيد في تقعيد علوم الحديث

الصحابة عدول
“para sahabat adalah adil(kuat hafazan dan penjagaan terhadap hadis nabi)”

Di sini kita dapat simpulkan pendapat ulama berkaitan hukum المرسل kepada tiga pendapat:
  1.       Mazhab jumhur para ahli hadis bahawa المرسل adalah dhoif tanpa ragu kerana kekurangan syarat penerimaan hadis sohih iaitu terputus sanadnya.
  2. Pendapat  abu Hanifah (w.150 H ) dan Imam Malik b Anas(w.179 H) bahawa boleh berhujah dengan المرسل dengan syarat mereka yang meriwayatkan adalah dari kalangan tabien yang thiqoh seperti sa’id bin musayyab,hasan al-basri dan Muhammad bin shihab al-zuhri.
  3.   Pendapat Imam As-syafie (w.204 H) bahawa المرسل itu sendiri merupakan hadis yang dhoif namun ianya boleh dijadikan sebagai hujag dengan mendatang qarinah(bukti) dan juga diriwayatkan daripada tabien besar seperti sa’id bin Musayyab(w.94 H).di antara qarinah tersebut adalah


·         Perlu didatangkan dengan riwayat yang lain
·         Yang meriwayatkan itu adalah dari kalangan perawi yang thiqoh
·         Perlu didatangkan dengan kata-kata para sahabat
·         Didatangkan dengan fatwa para tabien

Setelah beberapa pembacaan saya lebih cenderung kepada pendapat Imam as-syafie yang tidak menolak terus penggunaan hadis المرسل dan juga tidak menerima bulat-bulat.beliau lebih cenderung untuk menerima hadis المرسل dengan mendatangkan المتابعات(mendatangkan riwayat yang lain) bagi menguatkan riwayat المرسل yang sedia ada.

CONTOH المرسل

Riwayat daripada Imam syafie

أخبرنا سعيد عن ابن جريج قال أخبرني حميد الأعراج عن مجاهد أنه قال كان النبي صلى الله عليه وسلم يظهر من التلبية لبيك اللهم لبيك ...........إلخ

"Telah mengkhabarkan kepada kami sa’id b juraij beliau berkata telah mengkhabarkan kepada aku humaid al-‘araj daripada mujahid beliau berkata sesungguhnya nabi saw menzahirkan talbiah dengan menyebut labaikallahumma labaik….."

Cuba lihat dalam sanad tersebut.Mujahid merupakan seorang tabien dan beliau bukan daripada kalangan sahabat serta tidak pernah berjumpa dan bertemu rasulullah saw.di dalam sanad ini tidak disebutkan siapa perantara antara beliau dengan nabi saw.oleh itu hadis ini disebut sebagai المرسل



Bersambung....



rujukan

  1. نزهة النظر في توضيح نخبة الفكر في مصطلاح أهل الأثر karangan ibnu hajar al-asqalani (w.852 H)
  2. منهج النقد في علوم الحدبث karangan dr nuruddin itr
  3. المنهج الحديث في علوم الحديث karangan dr muhammad mukhtar mufti
  4. المفيد في تقعيد علوم الحديث karangan dr ali bin ibrahim b sa'ud ali 'ajin



Tuesday, April 23, 2013

SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU HADIS SIRI 1


Bila berbicara tentang hadis Rasulullah saw pastinya kita akan terbayang nama Abu Hurairah ra yang terkenal sebagai sahabat yang banyak meriwayatkan hadis daripada Rasulullah saw atau mungkin Imam Bukhari(w.256 H) yang terkenal dengan kitabnya Sahih al-Bukhari dan mungkin juga Imam-imam muhadithin yang lain..bila mempelajari Hadis maka tidak akan lari daripada apa yang dinamakan sebagai ulum hadis(Ilmu-ilmu yang berkaitan  dengan hadis).Maka setiap plajar yang mempelajari hadis tidak dapat tidak harus menguasai apa yang berkaitan dengan ulum hadis sebelum pergi ke peringkat yang lebih jauh

Ulum hadith adalah suatu ilmu di mana setiap penuntut ilmu akan didedahkan dengan segalam ilmu yang berkaitan dengan hadith seperti ilmu Jarh wa ta’dil,ilmu takhrij al-hadis,ilmu mukhtalif al-hadis,al-sabiq wa al-lahiq dan lain-lain lagi.secara umumnya istilah ulum hadis ini telah mendapat perhatian dari kalangan ulama Hadith dan mereka membahagikan ilmu hadis kepada dua

1`.علم الحديث الرواية أو علم رواية الحديث-Berkaitan dengan periwayatan hadis dan penjagaan riwayat
2.علم الحديث الدراية أو علم دراية الحديث-kata Izzudin bin jama’ah:”ilmu berkaitan dengan pengkajian dari segi sanad dan matan”

SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU HADIS

                Setiap perkara pasti ada sejarah perkembangan.Perkembangan ulum-Quran menyebabkan ilmu lain juga turut mengalami perkara yang sama khususnya ilmu hadis.Bagaimana ilmu hadis boleh berkembang pesat sehingga mempunyai disiplin ilmu yang tersendiri? Sehingga ianya menjadi lebih tersusun sepertimana yang ada di zaman kita?
Mari kita selusuri sejarah perkembangan Ilmu Hadis…..

1.        1.PERINGKAT AWAL: ZAMAN RASULULLAH SAW

Di zaman ini Ilmu hadis belum lagi diperkenalkan secara khusus dan belum mempunyai disiplin yang tersendiri namun kaedah periwayatan sudah muncul secara tidak langsung diperingkat ini.
Iaitu para Sahabat r.a mendengar daripada Rasulullah saw kemudian menyampaikan kepada sahabat yang lain yang tiada semasa sesuatu hadis dinukilkan daripada Rasulullah saw.
Sehingga Rasulullah saw bersabda:

”نضر الله امرأ سمع منا شيئا فبلغه كما سمع فرب مبلغ أوعى من سامع"
Maksudnya:”Allah akan mengelokkan wajah seseorang yang mendengar sesuatu daripada kami kemudian dia menyampaikan apa yang didengari moga-moga orang yang menyampaikan lebih faham daripada yang mendengar”
(Riwayat Tarmizi, kitab العلم   bab ما جاء في الحث على تبليغ السامع
No.2657)
Dan pada peringkat ini Para sahabat lebih menjurus kepada periwayatan,hafalan dan penyampaian.Disebabkan para Sahabat r.a terkenal dengan kuat hafalan dan segala yang diriwayatkan oleh  mereka semuanya adalah benar dan menjadikan riwayat mereka jauh daripada keraguan penipuan dan lupa.sehingga datang kaedah kepada para sahabat

الصحابة عدول

PENULISAN HADIS DI ZAMAN RASULULLAH SAW

                Sebenarnya penulisan hadis sudah bermula di zaman Rasulullah saw namun penulisan ini tidaklah seperti  apa yang ada di zaman kita ini dan tidak juga penulisan ini menjadi rujukan kepada orang ramai akan tetapi ianya hanya menjadi simpanan para Sahabat r.a yang menulis hadis tersebut.Sepertimana Abu Hurairah r.a berkata:

ما من أصحاب النبي أحد أكثر حديثا عنه مني إلا من عبد الله بن عمرو فإنه كان يكتب ولا أكتب
Maksudnya:”tiada sahabat nabi yang lebih banyak menghafal hadis rasulullah saw daripada aku kecuali Abdullah b amru sesungguhnya da menulis aku pula tidak menulis”
(Riwayat Bukhari,kitab العلم bab كتابة العلم  no 113)

Juga apa yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Amru beliau berkata:

“Aku menulis segala yang aku dengar daripada Rasulullah saw kerana aku ingin menghafalnya dengan tidak semena orang quraisy melarang aku mereka berkata: adakah engkau menulis sesuautu daripada Rasulullah saw seorang manusia kadang-kadang bercakap dalam keadaan marah dan kadang-kadang dalam keadaan redha?maka aku memberhentikan penulisan aku aka aku mengadu hal berikut kepada Rasulullah saw kemudian Rasulullah saw meletakkan tangannya di atas lembaran seraya bersabda:”tulislah demi nyawa aku di tangan-Nya tidak aku berkata kecuali datang dari aku perkara yang benar”
(Riwayat abu Daud di dalam العلم dan Musnad Imam Ahmad 2015/2)

Maka di sini jelas bahawa penulisan hadis sudah muncul di zaman Rasulullah saw akan tetatpi bukanlah ia menjadi rujukan untuk orang ramai.Di antara penulisan atau sahifah yang muncul di peringkat ini:

1. As-sahifah as-sodiqoh yang ditulis oleh Abdullah bin Amru b al-as
2. Sahifah Ali bin Abi talib
3. Sahifah Saad b Ubadah
4. Lembaran yang mengandungi perintah dari Rasulullah saw tentang hokum hakam kepada mereka yang dihantar ke tempat lain

-Kesimpulan pada peringkat ini ilmu hadis tidak muncul dengan disiplin yang tersendiri akan tetapi muncul secara tidak langsung iaitu periwayatan hadis daripada Rasulullah saw kemudian disampaikan kepada sahabat yang lain

2.PERINGKAT KEDUA; ZAMAN SAHABAT R.A

                Selepas kewafatan Rasulullah saw maka terzahir keperluan untuk menjaga riwayat hadis Rasulullah saw oleh itu pada peringkat ini banyak rehlah untuk mencari kethabitan tentang sesebuah hadis dan Para sahabat r.a sentiasa berada dalam keadaan berjaga kerana takut apa yang diriwayatkan kemungkinan salah ataupun terlupa
Perkara ini boleh dilihat daripada perbuatan Abu Bakar as-siddiq r.a apabila beliau diminta untuk memberi hak tinggalan(mirath) kepada جدة(nenek) mari kita lihat bagaimana telitinya Abu Bakar dalam menerima riwayat hadis

“telah datang seorang nenek kepada Abu Bakar r.a dia berkata kepada Abu Bakar:”sesungguhnya cucu lelaki ku telah mati,aku dikhabarkan bahawa hak aku terdapat di dalam Al-quran,maka Berkata Abu Bakar r.a:”aku tidak dapati di dalam Al-quran hak kamu wahai nenek  dan aku tidak pernah Rasulullah saw berbuat demikian beliau kemudian bertanya kepada orang ramai. Maka Mughirah bin syu’bah menyaksikan bahawa Rasulullah saw member hak 1/6 kepada nenek.Abu Bakar siapa lagi yang mendengar selain kamu? Mughirah bin Syu’bah berkata:”Muhammad bin Maslamah kemudian Abu Bakar r.a member hak kepada nenek tersebut 1/6 kemudian terjadi hal yang sama pada zaman Umar r.a”
(Riwayat Tarmizi kitab الفرائض  bab ما جاء في ميراث الجدة  no 2100 &2101)

Begitu juga apa yang berlaku pada kisah الإستئذان ثلاثا (Riwayat Bukhari kitab الإستئذان bab التسليم والإستئذان ثلاثا no 2645)
Di peringkat ini juga para Sahabat mula mencari siapa yang meriwayatkan hadis terutama pada zaman fitnah iaitu selepas kematian saidina Uthman r.a sehingga Ibnu sirin(w.110) meyebutkan:

لم يكون يسألون عن الإسناد فلما وقعت الفتنة قالوا: سموا لنا رجالكم فينظر إلى أهل السنة فيؤخذ حديثهم وينظر إلى أهل البدع فلا يؤخذ حديثهم
Maksudnya:”sebelum ini para sahabat r.a tidak langsung mempersoalkan tentang sanad apabila terjadi fitnah mereka berkata:”namakan siapa yangkamu riwayatkan daripadanya maka lihat kepada ahli sunnah ambillah hadis daripada mereka dan lihatlah kepada ahli bidaah maka jangan ambil hadis daripada mereka”

REHLAH ILMI DI ZAMAN SAHABAT 

                Demi mencari riwayat maka para Sahabat r.a memperbanyakkan rehlah untuk memastikan riwayat sebuah hadis ini dibuktikan dengan perbuatan Abu Ayyub al-Ansari yang dikenali sebagai sahabat yang selalu melazimi Rasulullah saw bahawa beliau sanggup pergi ke Mesir untuk mendengar hadis daripada Uqbah Bin Amir apabila selesai beliau terus pulang ke Madinah Munawwarah.(ma’rifah ulum hadis karangan al-Hakim Nisaburi)

KAEDAH-KAEDAH YANG DIGUNAKAN DI ZAMAN SAHABAT 
1.Mengurangkan riwayat
2. memastikan periwayatan dengan perincian
3.Bertanya tentang rijal(perawi) yang meriwayatkan hadis
4.Kritikan terhadap riwayat

Sehingga kaedah pada masa itu dikenali dengan
"الحديث عن رسول الله شديد

-Kesimpulan di peringkat ini adalah sepertimana di zaman Rasulullah saw bahawa pada zaman ini ilmu hadis tidak mempunyai disiplin yang tersusun namun zaman ini terzahir beberapa kaedah dalam menerima riwayat hadis oleh para Sahabat dan sebahagian Tabi’en

(Dalam penulisan seterusnya kita akan menyambung sejarah perkembangan ilmu hadis yang seterusnya)

Rujukan
1.صحيح البخاري,الجامع الصحح المسند من حديث رسول الله وسننه وأيامه, Muhammad bin Ismail bin Ibrahim Bin Mughirah Al-Ju’fi Al-Bukhari
2.تحفة الأحواذي بشرح جامع الترميذي, Abi ‘ula Muhammad Abdurrahman ibn Abdurrahim al-mubarakfuri
3. المفيد في تقعيد علوم الحديث,Dr Ali Ajin dar al-hamed 2010
4.المنهج الحديث في علوم الحديث, Dr Mukhtar Mufti,أمواج للنشر والتوزيع 2012
5.منهج النقد في علوم الحديث,Dr nuruddin al-itr,Dar Al-Fikr
6.دراسات في مناهج المحدثين, professor Amin Muhammad Qudhoh professor Amir Hassan Sobri,جهينة,2011