Wednesday, April 17, 2013

Solat hajat...?


Dalam kehidupan ini pasti ada kesusahan yang perlu dilalui ada kepayahan yang harus ditempuhi dan pasti ada keinginan yang ingin dipenuhi….tidak dapat tidak pastinya segala keinginan tersebut akan dipanjatkan kepada Allah swt Tuhan sekalian alam.Allah swt berfirman

واستعينوا بالصبر والصلوة وإنها لكبيرة إلا على الخشعين))

Maksudnya:”Dan minta tolonglah dengan sabar dan solat sesungguhnya ia berat kecuali bagi orang yang khusuk(surah Al-Baqarah ayat 45).Kata Imam Qurtubi rah(w.671 H) di dalam tafsirnya:”Di sebut solat secara khusus di dalam ayat ini berbanding ibadat yang lain adalah kerana istimewanya ibadat tersebut sesungguhnya Rasulullah saw apabila ditimpa sesuatu perkara maka Baginda akan bersegera untuk bersolat”(جامع لأحكام القرآن  294/1)
Bahkan Allah swt menggalakkan agar hambanya meminta kepada-Nya.Firman Allah:

ادعوا ربكم تضرعا وخفية إنه لا يحب المعتدين))

Maksudnya:”Dan berdoalah kepada tuhanmu dengan rendah diri dan suara yang lembut sesungguhnya Allah swt tidak menyukai mereka yang melampaui batas”(surah al-A’araf ayat 55).Kata Imam Qurtubi lagi:”ini adalah satu perintah untuk berdoa dan merupakan satu ibadah"(جامع لأحكام القرآن 157/7)

Berdasarkan dua ayat ayat bahkan banyak lagi galakan di dalam al-quran untuk kita berdoa dan meminta kepada Allah dengan pendekatan bahasa dan lafaz dan yang berbeza.

SOLAT HAJAT?

Mungkin sudah menjadi kebiasaan masyarakat kita di Malaysia apabila ada sahaja apa-apa yang mendatang seperti  peperiksaan menjelang,anak sakit,ingin lulus dalam peperiksaan,ingin menang dalam pertandingan dan sebagainya.persoalannya ada atau tidak berkaitan apa yang dinamakan sebagai solat hajat?

Apakah ia mempunyai dalil yang khusus? sebahagian mereka yang mengatakan bahawa boleh melakukan solat hajat adalah kerana mereka berpegang kepada hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tarmizi(w.279 H) dan Imam ibn Majah(w.275 H)

حدثنا علي بن عيسى بن يزيد البغدادي حدثنا عبدالله بن بكر السهمي وحدثنا عبدالله بن منير عن عبدالله بن بكر عن فائد بن عبدالرحمن عن عبدالله بن أبو أوفى قال:قال رسول الله:(من كانت له إلى الله حاجة أو إلى أحد من بني آدم فليتوضأ فليحسن الوضوء ثم ليصل ركعتين ثم ليثن على الله وليصل على النبي ثم ليقل:لا إله إلا الله الحليم الكريم سبحان الله رب العرش العظيم الحمدلله رب العلمين أسألك موجبات رحمتك وعزائم مغفرتك والغنيمة من كل بر والسلامة من كل إثم لا تدع لي ذنبا إلا غفرته ولا هما إلا فرجته ولا حاجة هي لك رضا إلا قضيتها يا أرحم الراحمين)

Maksudnya:”Telah menceritakan kepada kami Ali b Isa b Yazid al-baghdadi telah menceritakan kepada kami Abdullah b Bakar al-sahmi dan juga menceritakan kepada kami Abdullah b Munir daripada Abdullah b Bakar daripada Faid b abdrurahman daripada Abdullah b abi Awfa beliau berkata bahawa Rasulullah bersabda:”apabila salah seorang dari kamu ada hajat atau mempunyai Sesutu keinginan kepada anak adam maka berwuduklah dan perbaikkan wuduk kemudian solat dua rakaat kemudian pujilah Allah dan berselawatlah ke atas Nabi seraya berkata:tiada tuhan selain Allah yang Maha Lembut dan Maha Mulia Maha Suci Allah penjaga arasy segala puji bagi Allah Penjaga sekalian alam aku memohon rahmatmu dan keampunanmu dan ganjaran bagi setiap kebaikan dan perlindungan dari setiap kejahatan jangan engkau tinggalkan pada aku dosa setelah engkau hapuskannya tiada kesukaran setelah engkau leraikannya, dan tiada hajat hanya untuk keredaan mu setelah engkau tunaikan Wahai Yang Maha Pemurah”(Diriwayatkan oleh Imam Al-Tarmizi kitab solat bab solat hajat 241/2 dan juga diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah kitab إقامة الصلاة والنية فيها bab solat hajat 189/5)
Mari kita lihat status hadis ini:

1) Imam al-Tarmizi mengatakan bahawa hadis ini gharib(asing) dan pada sanad hadis ini terdapat perbincangan pada  seseorang yang sering diperkatakan iaitu Faid b Abdurrahman beliau didaifkan apabila meriwayatkan hadis dan Faid digelar juga sebagai Abu Al-Warqa’

Telah berkata Abdullah b Ahmad daripada ayahnya beliau berkata bahawa: hadis yang diriwayatkan oleh faid adalah matruk(tahzib al-tahzib 380/5)

Imam bukhari mengatakan:Hadisnya adalah munkar

2) status hadis ini adalah daif jiddan kerana di dalam sanad hadis ini terdapat Faid b Abdurrahman kata Yahya:hadis ini dhaif(mizan  Al-I’tidal 339/3)

3) hadis ini tidak boleh dijadikan sebagai sebagai dalil dan tidak boleh beramal dengannya kerana statusnya yang bertaraf dhaif jiddan

*boleh rujuk kitab tahzib al-tahzib berkaitan Faid b Abdurrahman*

Oleh itu boleh dikatakan bahawa hadis berkaitan dengan solat hajat adalah sangat lemah dan langsung tidak boleh dijadikan sebagai sandaran untuk beramal disebabkan statusnya yang begitu lemah

APA MASALAHNYA SOLAT KAN?
Bukan masalah atau tidak tapi bilamana kita menjenamakan dia sebagai solat hajat dengan kaifiat tertentu sepertimana masyarakat kita di Malaysia..rakaat pertama begini rakaat kedua begini…dan akhir sekali sujud selama mungkin…adalah satu bidaah yang sengaja diadadakan sedangkan tidak langsung dinyatakan kaifiat apatah lagi menamakan ia sebagai solat yang khusus iaitu solat hajat.Dan ianya melibatkan perkara ibadah iaitu solat dan memerlukan dalil yang sahih untuk menjadikan ia sebagai sandaran.
Kaedah menyebut
الأصل في العبادات حرام إلا ينص
“Asal ibadah adalah haram sehingga ada nas yang mengisyaratkan tentangnya”

SECARA BERJEMAAH

Kebanyakan masyarakat di Malaysia sudah terbiasa dengan perkara ini…solat hajat adalah secara berjemaah…menjadi satu kemestian bila mendirikan apa yang dikatakan solat ini harus secara berjemaah…pada pendapat saya yang lemah ini ini adalah satu bidaah yang di ada-adakan kerana tiada satu dalil atau nas yang jelas tentang melakukan solat ini secara berjemaah khususnya ataupun solat sunat yang lain secara umumnya
Tiada pun satu dalil yang khusus yang menunjukkan bahawa Nabi melakukan solat sunat secara berjemaah dan tiada athar yang jelas daripada para sahabat tentang melakukan solat ini secara berjemaah
Sedangkan Nabi saw menggalakkan untuk melakukan solat sunat secara bersendirian

حدثنا عبد الأعلى بن حماد حدثنا وهيب غن أيوب وعبيد الله عن نافع عن ابن عمر قال:قال رسول الله:"اجعلوا في بيوتكم من صلاتكم ولا تتخذوها قبورا"

Telah menceritakan kepada kami Abdul A’la bin hammad telah menceritakan kepada kami Wuhaib daripada Ayub dan Ubaidillah  daripada Nafi’ daripada Ibn Umar beliau berkata bahawa Rasulullah saw bersabda:”Penuhkanlah rumah kamu dengan solat-solat dan jangan jadikan ia seperti kubur(kosong)”(diriwayatkan Imam Bukhari,Kitab التهجد 187/37)

ALTERNATIF
                Melihatkan kepada dalil dan beberapa pembacaan serta pertanyaan bagi pendapat saya yang lemah ini bahawa apa yang dikatakan sebagai solat hajat  itu tiada langsung bahkan dianggap sebagai perkara yang diadakan apatahlagi disebut dengan kaifiat tertentu yang tiada dalil yang jelas tentangnya
Bagi menggantikan apa yang dikatakan solat hajat ini bagi pandangan saya yang lemah ini ada beberapa alternatif sebagai salah satu cara untuk kita mengkehadapankan kehendak kita atau ingin memohon sesuatu kepada Allah

1.Jika ada sesuautu hajat atau keperluan maka gunakan apa yang Nabi saw telah sabdakan kepada kita iaitu solat sunat istikharah..ramai yang tersalah sangka bahawa ianya digunakan hanya untuk memilih pasangan sahaja bahkan ia juga adalah sebagai salah satu wasilah untuk kita memohon kepada Allah swt

Telah menceritakan kepada kami Mutarraf bin Abdullah (Abu Mus’ab) telah menceritakan kepada kami Abdurrahman bin Abi Mawal daripada Muhammad bin Munkadir daripada Jabir ra beliau berkata bahawa Rasulullah saw telah mengajarkan kami tenang istikharah(memohon petunjuk) dalam setiap perkara sepertimana Baginda mengajar tentang Al-quran apabila kamu berbolak balik tentang satu perkara maka solatlah dua rakaat yang bukan daripada solat fardu kemudian berkata:”Ya Allah aku meminta daripada engkau supaya lapangkan dada aku,berilah aku kekuatan dengan kekuatan engkau..aku memohon dengan kemulian yang ada di sisi engkau sesungguhnya engkau Maha Kuat aku ini lemah engakau Maha Mengetahui aku pula tidak tahu dank au mengetahui perkara yang tersempunyi..Ya allah jika perkara ini baik bagi aku pada agamaku kehidupanku dan pengakhiran kehidupan ku(lambat atau cepat)maka berilah aku kekuatan untuk memilihnya dan jika perkara ini buruk bagi aku pada agamaku kehidupanku dan pengakhiran kehidupanku(lambat atau cepat)maka palingkanlah dia dari aku dan palingkanlah aku darinya.maka kurniakanlah aku kebaikan dalam apa kedaan sekali pun dan redha lah ke atas aku(dengan perkara tersebut.kemudian dia menyebut hajatnya(keinginan)”

(Riwayat Bukhari kitab الدعوات bab doa ketika istikharah 6382/48)

2) Banyakkan berdoa.

Firman Allah swt
ادعوني أستجب لكم.....إلخ

Maksudnya:”berdoalah kepada ku nescaya aku kabulkan..(Surah al-Ghafir ayat 60).Kata Imam al-Qurtubi:”begitulah kebanyakan para Mufassirin sesungguhnya makna ayat ini(Esa kan Aku,Sembahlah Aku aku akan mnerima ibadat kamu dan aku akan mengampuni kamu)

Ini hanya pandangan saya yang lemah melalui dalil yang disebutkan melalui pembacaan,pengkajian dan pertanyaan kepada mereka yang lebih tahu.waallahua’lam

Sunday, March 24, 2013

KITA ADALAH PEMUDA!!


Membaca buku واجب الشباب المسلم اليوم  (tanggungjawab pemuda islam pada hari ini) karangan Dr Yusof Qardawi  banyak menyedarkan diri dan saya mengesyorkan agar teman-teman sekalian agar memiliki buku tersebut dan cubalah untuk membacanya..
Beberapa minggu yang lepas ,pertemuan dengan Dr khulud salah seorang pensyarah jabatan usuluddin di university al al-bayt telah membuahkan beberapa input yang menarik hasil daripada pertemuan tersebut antaranya adalah peranan syabab bila kita pulang ke negara kita kelak..

PEMUDA DI DALAM Al-QURAN

Mungkin teman-teman pernah membaca atau menghafal sebahagian kisah pemuda yang Allah swt sebutkan di dalam Al-Quran..kisah tersebut kadang-kadang memberi kita satu semangat dan kekuatan ketika mana kita merasa lemah dan longlai
Apa kita tidak ingat bagaimana kisah Nabi Ismail as yang sanggup mengorbankan dirinya apabila allah memerintahkan ayahandanya sendiri Nabi Ibrahim as untuk menyembelihnya dan kisah ini dirakamkan oleh Al-Quran  di dalam Surah as-soffat ayat 102 Firman Allah 

:”Maka berkata(Ibrahim as) wahai anakku! sesungguhnya aku melihatdi dalam mimpiku  bahawa aku menyembelihmu,bagaimana pendapatmu?Dia(Ismail as) menjawab:wahai ayahku lakukan apa yang telah diperintahkan kepadamu insyaallah kau akan mendapatiku termasuk orang yang sabar”

Langsung tidak gentar apabila datangnya perintah Allah…bahkan menyuruh Nabi Ibrahim untuk meneruskan perintah tersebut.
Juga kisah Nabi Yusof d as yang dirakamkan oleh Al-quran di dalam Surah Yusof  bagaimana beliau menahan godaan wanita salah seorang pembesar pada masa itu dan beliau pada ketika itu adalah pemuda!!pemuda!!
Bukan orang tua tapi pemuda!!!
Atau  pemuda di zaman Rasulullah saw kebanyakan mereka sudah keluar berjihad di waktu umur yang muda..Mus’ab b Umair yang gugur di medan Uhud,Ali ra yang terkenal dengan kebijakan dan lain-lai lagi dikalangan sahabat baginda yang amat muda umurnya..

KITA INI DUDUK REHAT KE?KE ADA KEWJIPAN YANG HARUS KITA TUNAIKAN?

Waktu muda bukan waktu berehat
Bukan waktu bersantai sambil menikmati kopi duduk pula di kerusi malas
Tapi Kita mempunyai tanggungjawab yang harus kita laksanakan!harus kita dirikan!tanpa ada rasa malas dan culas!
Menurut Dr Yusof Qaradawi beliau mengatakan bahawa pemuda pada masa kini harus melaksanakan beberapa tanggungjawab

1.KEWAJIPAN MEMAHAMI ISLAM DENGAN KEFAHAMAN YANG SOHIH

Bebaskan diri daripada fahaman yang karut marut,amalan yang menyeleweng daripada Al-quran dan al-sunnah kembalilah kepada ajaran al-quran dan al-sunnah
Jangan menambah-nambah di dalam perkara agama Firman Allah “hari ini aku sempurnakan agama kamu dan aku berikan kepada kamu nikmat dan aku redha bahawa islam itu adalah agama kamu”
Belajarlahlah dan terus belajar agar kefahaman itu hadir bukan sekadar faham tetapi memahami dengan fahaman yang sohih tanpa ada penyelewengan

2.KEWAJIPAN BERAMAL DENGAN  ISLAM

Islam bukan hanya pengetahuan bukan hanya memahami bahkan islam juga adalah perbuatan dan amalantidak cukup bagi pemuda untuk belajar tapi harus mengamalkan apa yang dia belajar
Jika tidak terimalah celaan Allah sebagaimana Firman-Nya di dalam surah Al-Jumu’ah ayat 5 “perumpaan mereka yang diberi tugas membawa taurat  kemudian mereka tidak membawanya(tidak mengamalkannya) adalah seperti keldai  yang membawa kitab yang tebal.sangat buruk perumpaan kepada kaum yang meningkari ayat Allah dan Allah tidak member petunjuk kepada mereka yang zalim”
Celaan ini kepada yahudi tetapi boleh juga jadi kepada kita jika hanya belajar tapi tiudak langsung menghiraukan untuk bneradu tenaga mengamalkan apa yang telah dipelajari
Islam bukan sahaja di kitab-kitab bahkan harus diekspresikan di dalam kehidupan

3.KEWAJIPAN MENYERU KEPADA ISLAM

Cukup diekspresikan dengan firman Allah di dalam surah yang selalu kita lazimi iaitu surah a-asr
“Demi masa.sesungguhnya manusia berada didalam kerugian.kecuali mereka yang beramal kebajikan dan saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran”
Renumgkan ayat ii bukan sekadar membaca tadaaburlah banyak input yang akan diperoleh

4.KEWAJIPAN SALING MEMBANTU SESAMA MUSLIM

Bantulah mereka yang memerlukan saling menguatkan antara satu sama lain
Sabda Rasulullah saw sebagaimana di dalam Sahih Muslim

Dari Abu Musa bahawa Rasulullah saw bersabda:"Mukmin itu umpama satu binaan mereka saling menguatkan antara satu sama lain" 

Pedulilah akan hal ehwal muslim mereka juga sebahagian daripada kita..tidak inginkah kita melihat islam bangun semula dan jika ini diterjemahkan di dalam perbuatan maka akan datanglah hari sebagaimana yang Allah rakamkan di dalam surah Al-Rum ayat 4-6
“Bergembiralah orang-orang yang beriman.kerana pertolongan Allah Dia menolong sesiapa yang dikehendaki Dia Maha Perkasa lagi Maha Penyayang.(itulah)janji AllahAllah tidak menyalahi janjinya tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”

Semoga Allah redha

Friday, December 14, 2012

KERANA KITA ADALAH SAUDARA..

Alhamdulillah semalam(14/12/2012) selesai juga beraktiviti bersama sahabat baru batch al-Fateh.ber'Futsal' bersama daripada pagi kemudian rehat dan sambung semula selepas itu sehingga ke petang..sudah lama rasanya saya tidak menyentuh bola akhirnya semalam adalah  detik manis apabila sekali lagi saya menyentuh bola setelah sekian lama tidak menyepak berlari dan sebagainya....seusai futsal, pada malam itu pula beraktiviti "BBQ" dan makan malam pula bersama mereka..

Suasana di padang futsal..nampak bersungguh sahabat kita 


Amiruddin ashraf pemain terbaik 


menunggu gilran bermain  



 no 1 dapat piala la pulak!!

Hidangan makan malam 


 seronok makan ye..




KITA ADALAH SAUDARA.....

Bila melihat susana semalam memang bekerjasama dalam futsal kemudian bersama-sama ber'BBQ'..teringat akan hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Sahihnya" bab kasih sayang sesama muslim dan lemah lembut antara mereka dan saling membantu antara mereka"

Dari Abu Musa bahawa Rasulullah saw bersabda:"Mukmin itu umpama satu binaan mereka saling menguatkan antara satu sama lain" 

dalam riwayat lain menyebut

Dari Nu'man b Basyir berkata bahawa Rasulullah saw bersabda:"perumpamaan mukmin pada kasih sayang antara mereka,dan kelembutan antara mereka seumpama satu jasad apabila salah satu anggota mengadu kesakitan amaka seluruh anggota akan turut terpanggil untuk berjaga(kerana merasai juga kesakitan itu)"

Mungkin ada yang tidak perasan bahawa apa jua keadaan tidak kira bangsa apa keturunan apa dari negeri mana ia apabila dia mengucapkan kalimah syahadah la illaha illa allah dia merupakan sebahagaian dari kita.walaupun tiada pertalian darah namun kita tetap diikat dengan ukhuwah islamiah kita diikat dengan akidah islamiah..itulah yang menjadikan kita saudara.


UKHUWAH? APA TU?

Jangan berdegar berkata tentang ukhuwah jika keadaan umat islam sekarang kita tidak caknaJangan bercakap tentang jika diri sendiri tidak mampu ditegur..ramai yang boleh menghuraikan tentang ukhuwah islamiah namun praktiknya amat sukar diekspresikan..
 Bila bercakap tentang ukhuwahia buka sahaja melibatkan ithar namun bagaimana kita membina hubungan antara kita.. ia adalah bagaimana kita membina kekuatan antara kita..
demi melihat islam itu tertegak kembali...

Semoga Allah menguatkan lagi hubungan kesaudaraan antara kita...Demi melihat Islam itu kembali subur dan mekar di bumi ini


P/S:terbaik buat batch al-fateh semoga Allah redha atas apa yang kta telah lakukan


Thursday, December 13, 2012

SELAGI HIDUP DIKANDUNG BADAN JANGAN BERHENTI UNTUK MEMBERI MANFAAT

Bila disebut perkataan manfaat teringat satu hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dalam bab kelebihan sesiapa yang belajar dan mengajar..

Daripada Abu Musa daripada Rasulullah saw bersabda:"perumpaan apa yang Allah utuskan kepada ku daripada petunjuk dan ilmu adalah seumpama hujan yang lebat mencurahi bumi..ada daripada tanah tersebut yang subur ia menyerap air dan ia juga mampu untuk menumbuhkan rumput-rumput yang banyak..dan ada juga daripadanya yang hanya menjadi takungan maka Allah menjadikan ianya bermanfaat kepada manusia maka daripada takungan tersebut manusioa minum,menggunakannya sebagai siraman dan juga mereka bercucuk tanam..dan ada juga kawasan lain yang dicurahi air hujan tapi kawasan tersebut tidak subur(kering kontang) ia tidak mampu menakung air dan tidak mampu menumbuhkan rumput-rumput yang banyak maka itulah perumpaan bagi mereka yang mendalami dan memahami agama Allah dan dia memanfaatkan akan ilmu tersebut maka dia belajar dan mengajar
dan perumpamaan mereka yang berpaling daripada yang sedemikian dia tidak dapat menerima petunjuk Allah yang mana aku diutuskan dengannya(untuk memberi petunjuk)


Allah!! terasa kerdil diri ini apabila menghayati hadis ini.
bagaimana nabi sifatkan seseorang yang belajar kepada tiga sifat

1.tanah  yang subur ia mampu untuk  menyerap air dan menumbuhkan tumbuhan dan rumput-rumput
2.hanya sebagai takungan air hujan ianya bermanfaat bagi manusia untuk minum menyiram dan sebagainya
3.tanah yang gersang tidak mampu menyerap air dan tidak mampu menumbuhkan tumbuhan

 apa yang penting di mana kita letakkan diri kita. adakah kita berada di no 1 atau 2 ataupun kita ingin menjadi dikalangan no 3 yang langsung tidak memberi apa-apa manfaat..


NAK BERI APA?? APA YANG ADA PADA AKU??

Manusia diberikan akal oleh Allah.maka cungkillah potensi yang ada pada diri...kenalpasti minat sendiri jika minat terarah kepada menulis gunakan ia sebagai medium memberi.. jika minat dalam media gunakan ia sebagai jalan dalam memberi..tidak kira apa minat kita kenalpasti dan gunakan ia sebagai mediam memberi..
jangan mudah "down" kita lemah tak semestinya kita tiada bakat..bakat tidak akan datang dengan sendiri melainkan kita cungkil sendiri..
jangan pandang rendah pada diri sendiri yakin dan percaya pasti berjaya...
Potensi diri tidak akan dapat digilap jika kita tidak memulakan dari sekarang..


JADILAH ORANG YANG BERMANFAAT KEPADA ORANG LAIN 

tidak kiralah siapa kta..jangan berhenti memberi manfaat kepada orang lain kalau tidak mampu jangan pula menjadi orang yang menyusahkan...anda doktor anda berilah sesuatu berdasarkan kerja anda..anda pakar bahasa arab berilah sesuatu yang bermanfaat..
anda seorang pakar dalam apa bidang sekai pun berilah sesuatu kepada masyarakat asalkan ianya bermanfaat kepada mereka...jangan pernah berhenti..

Semoga Allah memberikan kita kekutan untuk terus memberi

"Hidup harus dikongsi baru harmoni"
"Semoga Allah redha" 




Wednesday, December 12, 2012

EMPAYAR 'CINTA' KITA ! APA KESUDAHANNYA?

Saya menjadi terkejut apabila dihidangkan tajuk forum berkisar perihal CINTA. Tambahan digesa menjadi moderator bagi forum terbabit. Namun saya cuba mencari angle of view yang lebih dinamik dalam membawa kepada bicara di khalayak. Melihat kepada fenomena BaitulMuslim yang cergas dan cerdas,pasti ramai dari kita akan berkhayal apabila kali pertama melihat tajuk ini. 

" Lantas ramai yang membuat pecutan dan fastrack di marhalah Fardhu Muslim bagi mengapai keyakinan ke tahap BaitulMuslim. SetibaNya di marhalah BaitulMuslim ramai yang alpa sehingga lupa marhalah seterusnya yang perlu diselarikan."

Saya harap poster berwarna warni ini tidak menimbulkan sebarang spekulasi mahupon konteversi

Itulah hakikat yang berlaku dalam realiti abna'ul harakah masa kini. CINTA yang dibina selalunya berdiri atas pasakkan semangat jiwa muda pasti sukar untuk dibawa sehingga tua mahupon kembali kepada maha Esa. Maka saya berpositif dengan tajuk forum kali ini atas sinergi tiga pandang sudut. Allah-Ibu Bapa-KITA ! 

JOM KITA HADIR RAMAI-RAMAI 




Tuesday, July 17, 2012

PERJALANAN YANG BELUM BERHENTI

Tahniah kepada rakan-rakan keluaran STAM yang akan mendapat natijah  sama ada akan akan melanjutkan pelajaran ke mesir atau tidak. juga diucapkan tahniah kepada rakan-rakan yang sudah mendapat tawaran UPU.semoga kalian berjaya sentiasa

MENUNTUT ILMU BERTERUSAN
Teringat pada syair imam syafie yang sentiasa ana jadika semangat untuk terus belajar
kata Imam Syafie:
"sesiapa yang menuntut ilmu kerana akhirat maka di telah berjaya dengan sebab dia mendapat petunjuk
maka di juga akan mendapat kebaikan untuk tuntutannya kerana dia belajar dari seorang hamba"

cuba lihat hari ini gelaran Ba,Ma,Phd  dan lain-lain menjadi ukuran mahasiswa  pada hari ini.Ia adalah medium untuk memperoleh pengetahuan.namun harus diingat ilmu tidak sekadar di dalam kuliah.harus dipertingkatkan dengan pembacaan talaqqi dan lain.ia memang berguna tetapi harus ingat ilmu kita adalah untuk masyarakat.untuk membela masyarakat.untuk membawa masyarakat ke arah lebih baik.berterusanlah jangan jemu

KUASAI BAHASA
Masalah yang anadapat lihat pada mahasiswa khususnya yang berada di luar negara adalah kesukaran menguasai bahasa asing.bagi yang belajar di timur tengah menggunakan bahasa arab.kuasai jangan malas
bagaimana hendak memahami apa yang dipelajari jika bahasa pensyarah juga tidak dikuasai.penguasaan bahasa bukan sahaja akan menjadikan anda memahami kitab thurath atau  kalam pensyarah.tetapi ia akan menjadikan kita lebih versatile kerana kita mampu untuk menguasai bahasa asing khususnya bahasa arab yang merupakan bahasa al-quran juga jangan lupa bahasa inggeris yang merupakan bahasa antarabangsa.penguasaan kita dalam kedua bahasa ini akan menjadikan kita lebih kemas dalam perjalanan menjadi daie

PEMIKIRAN?....MACAM MANA?
Satu perkara yang harus kita ingat
semasa belajar latihlah diri dengan berfikir dan menganalisis
cuba berlapang dada dengan pendapat  yang pelbagai....
raikan semua jangan halang kita daripada berfikir
jangan menghalang hak kita daripada menuntut ilmu
apabila kita sudah menghalang orang lain memberi pendapat yang berbeza dari kita
musnahlah hak kita.....
bukan apa supaya kita tidak menjadi daie yang suka menyalahkan orang

cuba kita teliti syair imam syafie
"faqih dan tasawwuf(akhlak) bukan terpisah maka sesungguhnya  dengan hak Allah aku menasihati diriku dan kamu.maka lalailah dia hatinya tidak merasa kesucian.dan itulahjahil bagaimana orang jahil nak perbetulkan diri"
Imam Syafie(204H)cuba memberitahu kita ilmu harus disertai dengan akhlak
Beliau tidak pernah mencerca gurunya kerana berbeza pendapat tetapi beliau meraikannya
Imam Ahmad(241H) tiadak pernah pula kita mendengar beliau mencerca gurunya Imam Syafie kerana berbeza


selagi hidup masih ada tuntutlah ilmu
perjalanan kita belum berakhir
pengakhiran adalah mati

we are the legacy of Rasulullah saw
do not blame the others
just look at ourself
do not stop to learn while you are still alive
open you mind do not close it
accept what the others said
as the kalam is still on the plane of quran and sunnah

RAMADHAN....

Alhamdulillah sudah lama tidak mencoret.
sedar atau tidak nampaknya  bulan ramadhan semkin menghampiri berbaki lagi beberapa hari kita akan menempuhi bulan yang mulia...namun apa persediaan kita

YANG DITUNGGU.....
Betapa ajaibnya ramadhan!pasti ramai yang menunggu kedatangannya.ada yang melihat ramadhan adalah peluang yang baik untuk menambahkan pendapatan dengan perniagaan.ada pula yang melihat ramadhan sebagai bulan yang sesuai untuk menambahkan kekeyangan.ada yang melihat satu bulan yang harus dimanfaatkan untuk menguruskan badan.tidak lupa pada mereka yang berharta sebagai peluang untuk bersedeqah.dan para ajk masjid juga sebelum tiba ramadhan sudah sedia melebarkan masjid dan membeli karpet baru bagi menampung kuantiti jemaah....
Namun pada masa yang sama ia adalah bulan yang merupakan peluang bagi menambahkan pahala dan sebagai bulan transform yang lebih baik dan berkualiti.....apa lagi marilah kita merebut peluang ini

SEMANGAT YANG LUNTUR
Ramadhan memang membuatkan kita bersemangat.sebelum bermula ramadhan kita sudah buat beberapa azam untuk membina diri menuju personaliti robbani.solat berjemaah tak tinggal,solat tarawikh,tilawah al-quran dan cuba mengkhatamkannya dan lain-lain lagi azam sudah diperbuat.Cuba lihat pada permulaan ramadhan ramai betul jemaah di masjid bersaf-saf namun bila tiba pertengahan dan pengakhiran cuma tinggal berapa kerat sahaja.semangat memang semangat namun semangat itu harus diperkemas dengan beberapa checklist supaya  nanti tidak kecundang semasa pertempuran.ingat....bukan bulan ini sahaja untuk kita transform tapi ia merupakan madrasah supaya bila kita graduate nanti akan menjadi muslim yang lebih baik bagi bulan seterusnya....solat berjemaah bukan bermusim....tilawah al-quran bukan bermusim tapi ia harus berterusan.bulan inilah harus digunakan bagi menjana peribadi mulia bukan untuk bulan ini sahaja tetapi bulan seterusnya...

GRADUATE SUDAH....
Natijah ramadhan bukan dilihat adakah mampu kita menahan lapar dan dahaga bukan sahaja mampu menahan nafsu.tetapi natijah yang sebenar adalah bagaimana kita mampu menjana diri menjadi  muslim berperibadi mulia.ingat sudah habis ramadhan sepatutnya menjadi lebih baik bukan sebaliknya.gunakan bulan ini dengan sebaiknya.

coretan ini hanya sekadar nasihat pada diri dan rakan

let's get trough ramadhan with all our strength...
we have to win not lose..
win to become a good muslim