Membaca buku واجب الشباب المسلم اليوم (tanggungjawab pemuda islam pada hari
ini) karangan Dr Yusof Qardawi banyak
menyedarkan diri dan saya mengesyorkan agar teman-teman sekalian agar memiliki
buku tersebut dan cubalah untuk membacanya..
Beberapa minggu yang lepas ,pertemuan dengan Dr khulud salah
seorang pensyarah jabatan usuluddin di university al al-bayt telah membuahkan
beberapa input yang menarik hasil daripada pertemuan tersebut antaranya adalah
peranan syabab bila kita pulang ke negara kita kelak..
PEMUDA DI DALAM Al-QURAN
Mungkin teman-teman pernah membaca atau menghafal sebahagian
kisah pemuda yang Allah swt sebutkan di dalam Al-Quran..kisah tersebut
kadang-kadang memberi kita satu semangat dan kekuatan ketika mana kita merasa
lemah dan longlai
Apa kita tidak ingat bagaimana kisah Nabi Ismail as yang
sanggup mengorbankan dirinya apabila allah memerintahkan ayahandanya sendiri
Nabi Ibrahim as untuk menyembelihnya dan kisah ini dirakamkan oleh Al-Quran di dalam Surah as-soffat ayat 102 Firman Allah
:”Maka berkata(Ibrahim as) wahai anakku! sesungguhnya aku melihatdi dalam
mimpiku bahawa aku
menyembelihmu,bagaimana pendapatmu?Dia(Ismail as) menjawab:wahai ayahku lakukan
apa yang telah diperintahkan kepadamu insyaallah kau akan mendapatiku termasuk
orang yang sabar”
Langsung tidak gentar apabila datangnya perintah Allah…bahkan
menyuruh Nabi Ibrahim untuk meneruskan perintah tersebut.
Juga kisah Nabi Yusof d as yang dirakamkan oleh Al-quran di
dalam Surah Yusof bagaimana beliau
menahan godaan wanita salah seorang pembesar pada masa itu dan beliau pada
ketika itu adalah pemuda!!pemuda!!
Bukan orang tua tapi pemuda!!!
Atau pemuda di zaman
Rasulullah saw kebanyakan mereka sudah keluar berjihad di waktu umur yang
muda..Mus’ab b Umair yang gugur di medan Uhud,Ali ra yang terkenal dengan
kebijakan dan lain-lai lagi dikalangan sahabat baginda yang amat muda umurnya..
KITA INI DUDUK REHAT KE?KE ADA KEWJIPAN YANG HARUS KITA
TUNAIKAN?
Waktu muda bukan waktu berehat
Bukan waktu bersantai sambil menikmati kopi duduk pula di
kerusi malas
Tapi Kita mempunyai tanggungjawab yang harus kita
laksanakan!harus kita dirikan!tanpa ada rasa malas dan culas!
Menurut Dr Yusof Qaradawi beliau mengatakan bahawa pemuda
pada masa kini harus melaksanakan beberapa tanggungjawab
1.KEWAJIPAN MEMAHAMI ISLAM DENGAN KEFAHAMAN YANG SOHIH
Bebaskan diri daripada fahaman yang karut marut,amalan yang
menyeleweng daripada Al-quran dan al-sunnah kembalilah kepada ajaran al-quran
dan al-sunnah
Jangan menambah-nambah di dalam perkara agama Firman Allah “hari
ini aku sempurnakan agama kamu dan aku berikan kepada kamu nikmat dan aku redha
bahawa islam itu adalah agama kamu”
Belajarlahlah dan terus belajar agar kefahaman itu hadir
bukan sekadar faham tetapi memahami dengan fahaman yang sohih tanpa ada
penyelewengan
2.KEWAJIPAN BERAMAL DENGAN ISLAM
Islam bukan hanya pengetahuan bukan hanya memahami bahkan
islam juga adalah perbuatan dan amalantidak cukup bagi pemuda untuk belajar
tapi harus mengamalkan apa yang dia belajar
Jika tidak terimalah celaan Allah sebagaimana Firman-Nya di
dalam surah Al-Jumu’ah ayat 5 “perumpaan mereka yang diberi tugas membawa
taurat kemudian mereka tidak
membawanya(tidak mengamalkannya) adalah seperti keldai yang membawa kitab yang tebal.sangat buruk
perumpaan kepada kaum yang meningkari ayat Allah dan Allah tidak member petunjuk
kepada mereka yang zalim”
Celaan ini kepada yahudi tetapi boleh juga jadi kepada kita
jika hanya belajar tapi tiudak langsung menghiraukan untuk bneradu tenaga
mengamalkan apa yang telah dipelajari
Islam bukan sahaja di kitab-kitab bahkan harus diekspresikan
di dalam kehidupan
3.KEWAJIPAN MENYERU KEPADA ISLAM
Cukup diekspresikan dengan firman Allah di dalam surah yang
selalu kita lazimi iaitu surah a-asr
“Demi masa.sesungguhnya manusia berada didalam
kerugian.kecuali mereka yang beramal kebajikan dan saling menasihati untuk
kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran”
Renumgkan ayat ii bukan sekadar membaca tadaaburlah banyak
input yang akan diperoleh
4.KEWAJIPAN SALING MEMBANTU SESAMA MUSLIM
Bantulah mereka yang memerlukan saling menguatkan antara
satu sama lain
Sabda Rasulullah saw sebagaimana di dalam Sahih Muslim
Dari Abu Musa bahawa
Rasulullah saw bersabda:"Mukmin itu umpama satu binaan mereka saling
menguatkan antara satu sama lain"
Pedulilah akan hal ehwal muslim mereka juga sebahagian
daripada kita..tidak inginkah kita melihat islam bangun semula dan jika ini
diterjemahkan di dalam perbuatan maka akan datanglah hari sebagaimana yang Allah
rakamkan di dalam surah Al-Rum ayat 4-6
“Bergembiralah orang-orang yang beriman.kerana pertolongan
Allah Dia menolong sesiapa yang dikehendaki Dia Maha Perkasa lagi Maha
Penyayang.(itulah)janji AllahAllah tidak menyalahi janjinya tetapi kebanyakan
manusia tidak mengetahui”
Semoga Allah redha
No comments:
Post a Comment