Dalam kehidupan ini pasti ada kesusahan yang perlu dilalui
ada kepayahan yang harus ditempuhi dan pasti ada keinginan yang ingin dipenuhi….tidak
dapat tidak pastinya segala keinginan tersebut akan dipanjatkan kepada Allah
swt Tuhan sekalian alam.Allah swt berfirman
واستعينوا بالصبر والصلوة وإنها لكبيرة إلا على الخشعين))
Maksudnya:”Dan minta tolonglah dengan sabar dan solat
sesungguhnya ia berat kecuali bagi orang yang khusuk(surah Al-Baqarah ayat 45).Kata
Imam Qurtubi rah(w.671 H) di dalam tafsirnya:”Di sebut solat secara khusus di
dalam ayat ini berbanding ibadat yang lain adalah kerana istimewanya ibadat
tersebut sesungguhnya Rasulullah saw apabila ditimpa sesuatu perkara maka
Baginda akan bersegera untuk bersolat”(جامع لأحكام القرآن 294/1)
Bahkan Allah swt menggalakkan agar hambanya meminta
kepada-Nya.Firman Allah:
ادعوا ربكم تضرعا وخفية إنه لا يحب المعتدين))
Maksudnya:”Dan berdoalah kepada tuhanmu dengan rendah diri
dan suara yang lembut sesungguhnya Allah swt tidak menyukai mereka yang
melampaui batas”(surah al-A’araf ayat 55).Kata Imam Qurtubi lagi:”ini adalah
satu perintah untuk berdoa dan merupakan satu ibadah"(جامع لأحكام القرآن 157/7)
Berdasarkan dua ayat ayat bahkan banyak lagi galakan di dalam
al-quran untuk kita berdoa dan meminta kepada Allah dengan pendekatan bahasa
dan lafaz dan yang berbeza.
SOLAT
HAJAT?
Mungkin sudah menjadi kebiasaan masyarakat kita di Malaysia
apabila ada sahaja apa-apa yang mendatang seperti peperiksaan menjelang,anak sakit,ingin lulus
dalam peperiksaan,ingin menang dalam pertandingan dan sebagainya.persoalannya
ada atau tidak berkaitan apa yang dinamakan sebagai solat hajat?
Apakah ia mempunyai dalil yang khusus? sebahagian mereka yang
mengatakan bahawa boleh melakukan solat hajat adalah kerana mereka berpegang
kepada hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tarmizi(w.279 H) dan Imam ibn Majah(w.275
H)
حدثنا علي بن عيسى بن يزيد البغدادي حدثنا عبدالله بن بكر السهمي
وحدثنا عبدالله بن منير عن عبدالله بن بكر عن فائد بن عبدالرحمن عن عبدالله بن أبو
أوفى قال:قال رسول الله:(من كانت له إلى الله حاجة أو إلى أحد من بني آدم فليتوضأ
فليحسن الوضوء ثم ليصل ركعتين ثم ليثن على الله وليصل على النبي ثم ليقل:لا إله
إلا الله الحليم الكريم سبحان الله رب العرش العظيم الحمدلله رب العلمين أسألك
موجبات رحمتك وعزائم مغفرتك والغنيمة من كل بر والسلامة من كل إثم لا تدع لي ذنبا
إلا غفرته ولا هما إلا فرجته ولا حاجة هي لك رضا إلا قضيتها يا أرحم الراحمين)
Maksudnya:”Telah
menceritakan kepada kami Ali b Isa b Yazid al-baghdadi telah menceritakan
kepada kami Abdullah b Bakar al-sahmi dan juga menceritakan kepada kami
Abdullah b Munir daripada Abdullah b Bakar daripada Faid b abdrurahman daripada
Abdullah b abi Awfa beliau berkata bahawa Rasulullah bersabda:”apabila salah
seorang dari kamu ada hajat atau mempunyai Sesutu keinginan kepada anak adam
maka berwuduklah dan perbaikkan wuduk kemudian solat dua rakaat kemudian
pujilah Allah dan berselawatlah ke atas Nabi seraya berkata:tiada tuhan selain
Allah yang Maha Lembut dan Maha Mulia Maha Suci Allah penjaga arasy segala puji
bagi Allah Penjaga sekalian alam aku memohon rahmatmu dan keampunanmu dan
ganjaran bagi setiap kebaikan dan perlindungan dari setiap kejahatan jangan
engkau tinggalkan pada aku dosa setelah engkau hapuskannya tiada kesukaran
setelah engkau leraikannya, dan tiada hajat hanya untuk keredaan mu setelah
engkau tunaikan Wahai Yang Maha Pemurah”(Diriwayatkan oleh Imam Al-Tarmizi
kitab solat bab solat hajat 241/2 dan juga diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah
kitab إقامة الصلاة والنية
فيها bab solat hajat 189/5)
Mari kita
lihat status hadis ini:
1) Imam
al-Tarmizi mengatakan bahawa hadis ini gharib(asing) dan pada sanad hadis ini
terdapat perbincangan pada seseorang
yang sering diperkatakan iaitu Faid b Abdurrahman beliau didaifkan apabila
meriwayatkan hadis dan Faid digelar juga sebagai Abu Al-Warqa’
Telah
berkata Abdullah b Ahmad daripada ayahnya beliau berkata bahawa: hadis yang
diriwayatkan oleh faid adalah matruk(tahzib al-tahzib 380/5)
Imam bukhari
mengatakan:Hadisnya adalah munkar
2) status
hadis ini adalah daif jiddan kerana di dalam sanad hadis ini terdapat Faid b
Abdurrahman kata Yahya:hadis ini dhaif(mizan Al-I’tidal 339/3)
3) hadis ini
tidak boleh dijadikan sebagai sebagai dalil dan tidak boleh beramal dengannya
kerana statusnya yang bertaraf dhaif jiddan
*boleh rujuk
kitab tahzib al-tahzib berkaitan Faid b Abdurrahman*
Oleh itu boleh dikatakan bahawa hadis berkaitan dengan solat
hajat adalah sangat lemah dan langsung tidak boleh dijadikan sebagai sandaran
untuk beramal disebabkan statusnya yang begitu lemah
APA
MASALAHNYA SOLAT KAN?
Bukan
masalah atau tidak tapi bilamana kita menjenamakan dia sebagai solat hajat
dengan kaifiat tertentu sepertimana masyarakat kita di Malaysia..rakaat pertama
begini rakaat kedua begini…dan akhir sekali sujud selama mungkin…adalah satu
bidaah yang sengaja diadadakan sedangkan tidak langsung dinyatakan kaifiat
apatah lagi menamakan ia sebagai solat yang khusus iaitu solat hajat.Dan ianya
melibatkan perkara ibadah iaitu solat dan memerlukan dalil yang sahih untuk
menjadikan ia sebagai sandaran.
Kaedah menyebut
الأصل في العبادات حرام إلا ينص
“Asal ibadah adalah haram sehingga
ada nas yang mengisyaratkan tentangnya”
SECARA
BERJEMAAH
Kebanyakan
masyarakat di Malaysia sudah terbiasa dengan perkara ini…solat hajat adalah
secara berjemaah…menjadi satu kemestian bila mendirikan apa yang dikatakan
solat ini harus secara berjemaah…pada pendapat saya yang lemah ini ini adalah
satu bidaah yang di ada-adakan kerana tiada satu dalil atau nas yang jelas
tentang melakukan solat ini secara berjemaah khususnya ataupun solat sunat yang
lain secara umumnya
Tiada pun
satu dalil yang khusus yang menunjukkan bahawa Nabi melakukan solat sunat
secara berjemaah dan tiada athar yang jelas daripada para sahabat tentang
melakukan solat ini secara berjemaah
Sedangkan
Nabi saw menggalakkan untuk melakukan solat sunat secara bersendirian
حدثنا عبد الأعلى بن حماد حدثنا وهيب غن أيوب وعبيد الله عن نافع عن
ابن عمر قال:قال رسول الله:"اجعلوا في بيوتكم من صلاتكم ولا تتخذوها
قبورا"
Telah menceritakan kepada kami Abdul
A’la bin hammad telah menceritakan kepada kami Wuhaib daripada Ayub dan
Ubaidillah daripada Nafi’ daripada Ibn
Umar beliau berkata bahawa Rasulullah saw bersabda:”Penuhkanlah rumah kamu
dengan solat-solat dan jangan jadikan ia seperti kubur(kosong)”(diriwayatkan
Imam Bukhari,Kitab التهجد 187/37)
ALTERNATIF
Melihatkan kepada dalil dan
beberapa pembacaan serta pertanyaan bagi pendapat saya yang lemah ini bahawa apa
yang dikatakan sebagai solat hajat itu
tiada langsung bahkan dianggap sebagai perkara yang diadakan apatahlagi disebut
dengan kaifiat tertentu yang tiada dalil yang jelas tentangnya
Bagi
menggantikan apa yang dikatakan solat hajat ini bagi pandangan saya yang lemah
ini ada beberapa alternatif sebagai salah satu cara untuk kita mengkehadapankan
kehendak kita atau ingin memohon sesuatu kepada Allah
1.Jika ada
sesuautu hajat atau keperluan maka gunakan apa yang Nabi saw telah sabdakan
kepada kita iaitu solat sunat istikharah..ramai yang tersalah sangka bahawa
ianya digunakan hanya untuk memilih pasangan sahaja bahkan ia juga adalah
sebagai salah satu wasilah untuk kita memohon kepada Allah swt
Telah menceritakan kepada kami
Mutarraf bin Abdullah (Abu Mus’ab) telah menceritakan kepada kami Abdurrahman
bin Abi Mawal daripada Muhammad bin Munkadir daripada Jabir ra beliau berkata
bahawa Rasulullah saw telah mengajarkan kami tenang istikharah(memohon
petunjuk) dalam setiap perkara sepertimana Baginda mengajar tentang Al-quran
apabila kamu berbolak balik tentang satu perkara maka solatlah dua rakaat yang
bukan daripada solat fardu kemudian berkata:”Ya Allah aku meminta daripada
engkau supaya lapangkan dada aku,berilah aku kekuatan dengan kekuatan
engkau..aku memohon dengan kemulian yang ada di sisi engkau sesungguhnya engkau
Maha Kuat aku ini lemah engakau Maha Mengetahui aku pula tidak tahu dank au mengetahui
perkara yang tersempunyi..Ya allah jika perkara ini baik bagi aku pada agamaku
kehidupanku dan pengakhiran kehidupan ku(lambat atau cepat)maka berilah aku
kekuatan untuk memilihnya dan jika perkara ini buruk bagi aku pada agamaku
kehidupanku dan pengakhiran kehidupanku(lambat atau cepat)maka palingkanlah dia
dari aku dan palingkanlah aku darinya.maka kurniakanlah aku kebaikan dalam apa
kedaan sekali pun dan redha lah ke atas aku(dengan perkara tersebut.kemudian
dia menyebut hajatnya(keinginan)”
(Riwayat Bukhari kitab الدعوات bab doa ketika istikharah 6382/48)
2) Banyakkan
berdoa.
Firman Allah
swt
ادعوني أستجب لكم.....إلخ
Maksudnya:”berdoalah
kepada ku nescaya aku kabulkan..(Surah al-Ghafir ayat 60).Kata Imam al-Qurtubi:”begitulah
kebanyakan para Mufassirin sesungguhnya makna ayat ini(Esa kan Aku,Sembahlah
Aku aku akan mnerima ibadat kamu dan aku akan mengampuni kamu)
Ini hanya
pandangan saya yang lemah melalui dalil yang disebutkan melalui
pembacaan,pengkajian dan pertanyaan kepada mereka yang lebih tahu.waallahua’lam
No comments:
Post a Comment