Alhamdulillah
akhirnya berakhir juga semester kedua tahun pertama di Universiti al-bayt,mafraq Jordan
selepas berhempas pulas berentap dengan peperiksaan akhirnya berakhir juga.banyak juga subjek yang harus dikuasai selama 4 bulan.Tetapi yang menjadi persoalan adakah mampu untuk menguasai subjek tersebut?
LAIN....
Sepanjang berada di alam univesiti memang berbeza semasa berada di alam sekolah menengah apatah lagi sekolah rendah jauh berbeza.Bila dah berada di alam univesiti sangat belainan.tak macam di sekolah menengah disuap dan menelan habis-habis subjek-subjek yang dipelajari tapi di universiti sistem sudah berlainan.Pensyarah hanya menerangkan kemudian tepulang pada kita bagaimana hendak menguasai subjek tersebut.Ini yang kadang-kadang menyebabkan para pelajar di universiti kecundang walaupun masa di sekolah menengah mendapat anugerah pelajar cemerlang.mana tidaknya masa di sekolah menengah nota,latihan semua sudah tersedia.tapi bila dah masuk universiti tiada lagi perkara macam tu.semua atas usaha sendiri....
TERLALU BERGANTUNG......
Kebanyakannya bila sudah terbiasa disuap akibatnya lahirlah inividu yang tidak mampu bediri diatas kaki sendiri.semua nak kena suap bila tak disuap tak bolek nak jalan sendiri.Walau pandai mana sekalipun jika tidak tahu berjalan sendiri tetap akan jatuh.Saya bercakap di dalam waqi' yang ada di jordan mungkin di Malaysia juga berlaku.dan ini berlaku pada mereka yang belajar subjek agama an tidak lupa juga pada mereka yang mempelajari kedoktoran dan lain.Terlalu bergantung pada subjek.kadang-kadang saya tak faham belajar tinggi tetapi pemikiran masih berada di zaman purbakala.mana tidaknya belajar hanya untuk subjek tersebut apa yang kitab kata itulah yang di ikutnya.kalau A 'A' lah kalau B 'B' lah.Jarang ada mahasiswa yang mampu menerangkan sesuatu yang lebih waqi'.kalau ada benda yang belum pernah didengari habis semua diharamkan dan 'di bidaahkan'
WAQI'...
Zaman sekarang memerlukan mereka yang mampu berfikir bukan hanya membaca dan sekadar menjadi pengetahuan.Zaman sekarang memerlukan generasi WHY(kenapa).Generasi inilah yang mampu membawa Islam di mata dunia dan mampu menolak segala ancaman musuh dari dalam dan luar.mereka mampu menolak ketidak fahaman yang berlegar di dalam umat Islam sendiri.Adakah jawapan:"awak patuh je itu kan perintah Allah"."kenapa awak nak mempersoalkan kafir jadinya" mampu untuk menolak fahaman Free Thinker dan lain.memang betul jawapan tersebut tetapi tidak akan menambahkan keimanan mereka yang berada di sekeliling lebih-lebih ;agi zaman sekarang.lihat sahaja umat Islam.macam-macam pemikiran yang ada.ada yang tolak hukum Allah.jadi kita memerlukan mereka yang dapat menerang dengan penuh hikmah dan mendalam agar mereka yang tersasar dapat dibawa pulang.Bukan mahu menolak mereka yang hanya"awak taat je lah itukan perintah Allah dan Rasul"dan golongan "ini haram sheikh bidaah ni" tapi ingin membawa mereka berfikir kita dizaman apa?
Tulisan saya ini bukan lah hebat mana.cuma ingin menyampaikan.sampai bila kita mahu duduk dalam kepompong yang sudah usang.ubahlah...
terbaik
ReplyDelete