Sunday, June 3, 2012

HIDUP HARUS MEMBERI..

Seronok melihat guru-guru di sekolah,pensyarah di universiti menyampaikan ilmu mereka.walaupun ada di antara mereka yang walaupun sakit-sakit tetap juga mengajar.tetapjuga menyampaikan apa yang patut.sekalipun tidak seberapa namun mereka tetap gagahkan diri.Saya teringat seorang guru saya yang mengajar nahu dan sorof semasa di bangku sekolah.pada masa itu suaranya tidak berapa sihat namun beliau tetap juga mengajar.semangat beliau menjadikan saya kagum sehingga sekarang.begitu juga bila sudah berada di alam universiti seorang pensyarah yang mengajar fiqh ibadat pada ketika kelasnya kesihatan beliau mencemburui namun tetap juga beliau teruskan kelas tanpa alasan.Inilah semangat dalam memberi

MEMBERI TIDAK RUGI..
jangan pernah merasa rugi dalam memberi.Mendengar keluhan kawan juga sudah dikira memberi.apatah lagi menyampaikan ilmu.Kita memahami memberi itu dalam skop yang sempit.kita menolong rakan memindahkan barang dari rumah juga dikira memberi.Membantu rakan menyelesaikan masalh juga dikira sebagai memberi
tiada apa yang rugi.what you give you get back.walaupun pada hakikatnya bukan itu yang kita kejar tapi pasti perkara itu akan berbalik pada kita.Apa yang ada pada kita cubalah untuk kita memberi.jangan sembunyikan
kerana apayang ada pada kita bukan hak mutlak kita.Saya kadang-kadang merasa pelik jika ada orang pandai tidak mahu menyampaikan pengetahuannya.Ada yang takut untuk menyampaikan ilmunya takut dicemuh
jangan takut apa yang dikritik itulah yang sepatutnya menjadi semangat bagi kita untuk terus memberi.

"hidup harus memberi baru harmoni"

No comments:

Post a Comment