Friday, March 30, 2012

Mengenali Khulafa' Ar-Rasyidin bhg 1

Berasa bersyukur kerrana berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Jordan.Antara tempat yang dikenali sebagai bumi Syam dengan dapat membawa satu mutiara yang bernilai apabila kembali ke tanah air yang tercinta Malaysia.Insyaallah pada kali ini saya membawakan kepada rakan-rakan sekalian tentang pengenalan sahabat Rasulullah saw secara ringkas dan pada kali ini kita akan mengenali siapakah Abu Bakar As-Siddiq ra yang merupakan sahabat agung Rasulullah saw.Sebelum kita mengenali biodata beliau dengan lebih mendalam saya akan membawakan sedikit pengenalan tentang sahabat Rasulullah secara umum yang dirujuk dari kitab  معرفة الصحابة
karangan Abu Nu'aim Al-Asbahani(w.430 H) yang merupakan seorang muhaddis di zamannya.

Kurun Sahabat adalah kurun terbaik
حدثنا فاروق بن عبد الكبير الخطابي  ثنا هشام بن علي السيرافي وأبو مسلم قالا:ثنا عبد الله بن رجاء ثنا شيبان  عن منصور عن ابراهيم
عن عبيدة عن عبدالله قال:سألت رسول الله أي الناس أفضل؟ قال:"قرني ثم الدين يلونهم ثم الدين يلونهم

Telah menceritakan kepada kami Faruk b Abd Kabir Al-Khattabi telah menceritakan kepada kami Hisyam b Ali As-Sirafi dan Abu Muslim mereka berdua berkata Telah menceritakan kepada kami Abdullah b Raja' telah menceritakan kepada kami Syaiban daripada Mansur daripada Ibrahim daripada Ubaidah daripada Abdullah telah berkata:Aku bertanya Rasulullah saw tentang siapakah manusia yang paling afdal Baginda bersabda:"Kurun ku kemudian mereka yang mengikuti mereka kemudian mereka yang mengikuti orang yang mengikuti mereka(sahabat)"**(riwayat Ahmad,Bukhari,Muslim.Ibn Majah,Nasaie,Abu Ya'la,Ibn Hibban,Tabrani daripada jalan At-thauri,Syaiban,Abi Ahwas,dan Jarir daripada Mansur)**
      Daripada hadis diatas menunjukkan bahawa kurun sahabat adalah kurun yang terbaik yang disebut sendiri oleh Rasulullah saw.Siapakah sahabat?apakah yang ditakrifkan dengan sahabat?
Sahabat adalah mereka yang melihat Rasulullah saw serta beriman dengannya walaupun pertemuan tersebut singkat dan mereka ini meninggal dalam keadaan beriman juga.dan ini merupakan pendapat jumhur dan seperti mana yang disebutkan Imam Bukhari dalam kitab sahihnya di dalam Kitab Fadhail:("sesiapa yang bersahabat dengan Nabi Muhammad saw dan melihat Baginda dan dia  dari kalangan Muslim maka  dia merupakan sahabat Rasulullah saw")


Abu Bakar As-siddiq merupakan dari kalangan mereka yang dijanjikan syurga
حدثنا أبو بكر بن خلاد ثنا الحارث بن أبي أسامة ثنا قتيبة بن سعيد ثنا عبدالعزيز بن محمد عن عبدالرحمن بن حميد عن أبيه عن عبدالرحمن بن عوف أن النبي (ص)قال:"أبو بكر في الجنة عمر في الجنة علي في الجنة عثمان في الجنة وطلحة في الجنة والزبير في الجنة وعبدالرحمن بن عوف في الجنة وسعد في ال وسعيد في الجنة و أبو عبيدة في الجنة


Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar b Khalad telah menceritakan kepada kami Haris b Abi Usamah telah menceritakan kepada kami Qutaibah b Sa'id telah menceritakan kepada kami Abd Aziz b Muhammad daripada Abd Rahman b Hamid daripada ayahnya daripad Abd Rahman b 'Auf sesungguhnya Nabi saw bersabda:"Abu Bakar di syurga Omar di syurga Ali di syurga Uthman di syurga Talhah di syurga Zubair di syurga Abd Rahman b Auf di syurga Sa'ad di syurga Sa'id di syurga dan Abu Ubaida di syurga"**(dikeluarkan oleh Turmizi 10/186 tuhfah)**
  Nampak atau tidak sesungguhnya Abu Bakar merupakan orang yang paling tinggi dari kalangan sahabat kerana bukan sahaja bersahabat dengan Rasulullah saw tetapi dijanjikan pula dengan syurga dan mereka yang dijanjikan syurga pastinya seorang yang amat agung dan hadis ini sekaligus menolak pendapat Syiah yang mengatakan bahawa Abu Bakar adalah orang yang dilaknat dan dituduh sebagai kafir.

Siapakah Abu Bakar?
 Nama sebenar beliau adalah Abdullah B Othman b 'Amir b Amru b Kaab,Ada riwayat yang mengatakan bahawa nama sebenar beliau adalah Abdullah b Othman b Amir b Amru b kaab b Sa'ad b Tamim b Marrah B Kaab b Luai b Ghalib b Fahar b Malik*(Mu'jam Kabir karya Sulaiman b Ahmad b Tabrani namun pendapat ini Dhaif kerana sanadnya yang dhaif di dalam sanad tersebut terdapat Ibn Luhai'ah seorang yang mukhtalit.)*
   Beliau merupakan sahabat agung Rasulullah saw di samping merupakan bapa mentua kepada Baginda saw  dan bapa kepada Aisyah r.ha.merupakan orang yang awal memeluk islam ketika Rasulullah membawa dakwah di Mekah.Satu riwayat yang dikeluarkan oleh Ibn Abi 'Asim dalam Al-Awail,Turmizi serta Ibn Hibban daripada jalan 'Aqabah b Khalid bahawa ketika Abu Bakar melihat manusia diberat(diseksa) beliau berkata:"bukankah aku dari kalangan mereka yang awal memeluk islam" Beliau juga merupakan orang yang berhijrah bersama Rasulullah saw ke Mekah. Terlalu banyak pengorbanan yang dilakukan semasa hayatnya bersama Rasulullah saw kekasih tercinta di mana beliau menginfakkan seluruh harta beliau di dalam peperangan Tabuk dan apabila ditanya apakah yang ditinggalkan beliau untuk keluarga beliau mengatakan "Allah dan Rasul-Nya". Beliau adalah khalifah muslimin yang pertama selepas kewafatan Rasulullah saw.Di zaman pemerintahan beliau terdapat peristiwa di mana sebahagian umat islam murtad iaitu keluar daripada islam da juga peristiwa Musailamah Al-Kazzab yang mengaku sebagai nabi.Di zaman beliau juga terkorban hampir 70 orang penghafaz Al-Quran dan perpindahan para huffaz ke daerah lain.Masalah ini menimbulkan kebimbangan Umar Al-Khattab dan kebimbingan ini terus diutarakan kepada Abu Bakar As-siddiq selaku khalifah pada ketika itu.Dengan izin Allah swt hati Abu Bakar terbuka dan terus memerintahkan Zaid B Thabit untuk mengumpulkan Al-Quran.Melalui perkara ini dapat dilihat jasa Abu Bakar dalam memelihara islam dan juga dapat dilihat masalah murtad dan nabi palsu yang terjadi di zaman pemerintahan beliau dapat dicantas dan ditumbangkan.
    Beliau wafat pada tahun 13 hijrah ketika umurnya 63 tahun
Gambar makam Abu Bakar As-sidiq bersebelahan dengan makam Rasulullah saw
di Masjid Nabawi

Abu Bakar ada gelaran lain selain As-siddiq?
  Berkata Aisyah ummu al-mukminin bahawa  Rasulullah saw bersabda:"Abu Bakar dilepaskan Allah daripada neraka maka daripada hari ini dinamakan dia 'Atiq(orang yang dilepaskan)
   Riwayat daripada Ibn Hibban di dalam sahihnya,juga riwayat Ibn 'Arabi dalam kitab Mu'jam,Ad-daulabi dalam kitab Kunna dan juga Al-Tabrani dari hadis Abdullah B zubair dengan sanad yang baik
daripada ayahnya bahawa nama Abu Bakar adalah Abdullah b Uthman. ketika mana Rasulullah bersabda "engkau dilepaskan Allah dari neraka" dinamakan Abu Bakar sebagai 'Atiq


Ikuti beliau
  Kesungguhan beliau dalam memelihara kesucian islam  termata ketika memerangi nabi palsu dan golongan Riddah(mereka yang murtad) serta jasa beliau dalam pengumpulan Al-Quran harus diterapkan dalam diri setiap umat.jangan biar seinci pun kesucian kita dinodai.semoga kita juga tergolong dalam orang yang mendapat redha dan rahmat Allah seperti mana Sahabat dan Abu Bakar

~insyaallah saya akan berkongsi biodata ringkas tentang Umar Al-Khattab pada minggu hadapan~






1 comment: