alhamdulillah.....
sudah hampir 7 bulan saya berada di bumi Jordan dan berbagai pengalaman saya peroleh
namun pengalaman ini belum cukup lagi untuk mematangkan saya dalam menjadi seorang hamba yang bukan sahaja menguasai segenap lapisan ilmu tapi dapat mengamalkan ilmu tersebut secara keseluruhan
Alhamdulillah pada 29 mac 2012 saya mendapat satu perkongsian yang sangat menarik dan bagus dari 2 orang pelajar Master Jamiah Al Al-Bayt yang selama ini tidak pernah saya peroleh di mana-mana tempat di mana perkongsian ini adalah berkisar tentang cara mengendalikan kelas tutorial daripada ustaz Shahrul Ifwat dan pembahagian masa tentang manakah yang lebih utama daripada ustaz Hafiz Dasar.semoga pengalaman dan perkongsian ini dapat di gunakan sebaik sahaja tiba di tanah air.Terdapat satu persoalan mengapa terdapat sesetengah pelajar yang mengatakan bahawa ada subjek yang sangat susah untuk dikuasai.
Susah....susah.....
Perkataan biasa yang terkeluar daripada mulut seorang pelajar jika menghadapi masalah memahami sesuatu.
Pada hakikatnya tiada perkara dalam dunia ini senang.semuanya memerlukan kesungguhan jika ingin mencapai.seseorang yang inginkan kekayaan dan kemashuran pasti akan bersungguh jika ingin mencapainya.
konsep dalam mencapai sesuatu adalah sangat mudah dan Islam sendiri memberi jalan penyelesaian iaitu konsep usaha dan tawakkal.Ini dapat dilihat dalam firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 159 maksudnya:"apabila kamu sudah membulatkan tekad maka bertawakallah kepada Allah sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakkal".Nah ayat ini menunjukkan bahawa usaha tidak boleh dipisahkan daripada tawakkal.Namun usaha harus berganda dan disertai dengan tawakkal yang berganda-ganda.Bagi mereka yang beriman pada Allah dan Rasul-Nya sepatutnya tiada istilah susah bagi mereka.
Berpenat dahulu Bersenang kemudian
Kesemua yang mempelajari tidak dapat tidak harus berlelah terlebih.Korbanlah sedikit masa dan tenaga.Kesemua manusia diberikan oleh Allah waktu yang sama.tiada kurang tiada tambahan.Gunakan sebaiknya dan semaksima mungkin.Bahagilah masa dengan cerdik dan cermat.Separuh digunakan dalam menelaah dan sebagainya separuh lagi dalam bermasyarakat spt berpesatuan dan sebagainya.
Positif.....
Jangan takut dan gentar berfikirlah secara positif.Setiap kesusahan pasti ada jalan keluar
Anda semua terbaik
~tulisan saya bukanlah yang terbaik namun saya hanya manusia biasa sama-sama kita koreksi~
No comments:
Post a Comment