Saturday, February 25, 2012

WARKAH BUAT REMAJA

Wahai remaja
tidakkah kamu sedar akan betapa harganya dirimu
terlalu mahal jika dibandingkan dengan yang lain
mengapa direndahkan nilainya
dek kerana cinta yang fana?

Wahai remaja
umurmu masih muda
perjalanan mu masih panjang
masih banyak ranjau dan cabaran yang harus ditempuh
jadi mengapa disia-siakan usia mu?

Wahai remaja
kamu cinta pada manusia
maka dia akan binasa
kamu cinta kan sekuntum bunga
maka dia akan layu
kamu cinta akan Allah dan Rasullullah saw
percayalah kejayaan pasti akan menanti

Wahai remaja,
tidakkah kamu kenal pada Mus'ab b umair
Ali b Abi Talib,Hassan dan Hussin,dan selain mereka
mereka inilah sosok remaja
ada yang pernah menggegar dunia
ada yang pernah berkorban kerana Islam
sumbangan mereka tidak dapat dilupakan
apa pula sumbangan kalian?

Wahai remaja
fikiran mu bersih jangan dikotori
hati mu suci jangan dicemari
jika ilmu ada di dada jangan dikhianati
setiap detik dalam hidupmu adalah sesuatu berharga
jangan disiakan

Wahai remaja
gunakan masa mu dengan pengetahuan
di samping diisi dengan skill yang berlainan
lengkapkan dengan persediaan rohani dan jasmani
agar tidak hanyut dibawa arus dunia yang fana

Wahai remaja 
kamulah penggoncang dunia
kamulah penggegar pemerintah yang zalim
jika kamu rosak
bagaimana masa depan dunia
mahukah kamu melihat dunia hancur ?
disebabkan buruknya perilaku dan akhlak pemimpin
bangkitlah wahai remaja
jangan lena dibuai mimpi dunia
dunia ini hanya jambatan kepada negeri abadi
kamulah harapan bangsa dan agama


Gambar bersama rakan-rakan sebelum bertolak ke Jordan

Friday, February 3, 2012

MAHASISWA ISLAM: APA TUGAS KITA?

Assalamualaikum
ana harap semua berada dalam keadaan sihat.sudah lama rasanya ana menyepi.Alhamdullillah selesai sudah ana dan rakan-rakan di Mafraq,Jordan mendengar sedikit taujihat daripada Ustaz Shahrizan Daud At-Turabi iaitu salah seorang mursyid Imam Muda musim pertama.Beliau memberi sedikit nasihat tentang apakah tugas seorang mahasiswa khususnya di timur tengah.

GOLONGAN AGAMA YANG SERBA BOLEH
Ini adalah salah satu perkara yang disentuh oleh Al-Fadhil Ustaz Shahrizan semasa pertemuan kami bersama beliau di Rumah Persatuan PRISMA.Beliau menyentuh betapa pentingnya bagi seorang yang mempelajari ilmu agama mempunyai beberapa kebolehan bukan hanya hebat di dalam pelajaran tapi mampu juga menjana pemikiran.Kebolehan seperti mampu mengurus sesuatu organisasi,mengurus masa dengan baik,melakukan sesuatu kerja dengan teliti dan teratur,mampu bercakap di kahalayak ramai dan lain-lain lagi soft skill harus diterapkan dalam diri setiap mahasiswa agar ianya menjadi sesuatu yang menjadikan kita lain dari yang lain.
Betapa ramai golongan agama yang pada hari ini mengambil sikap tidak endah perkara ini.Kebolehan ini adalah sangat penting khususnya dalam bidang dakwah.Zaman sekarang adalah zaman 'langit terbuka'.Masyarakat sekarang adalah masyarakat yang bermaklumat sehingga di kampung-kampung juga masyarakatnya merupakan masyarakat up-to-date.Jadi harus bagi seorang pendakwah itu mempersiapkan diri bukan hanya dari segi ilmu agama bahkan ilmu lain juga harus dikuasai agar mudah menarik mad'u.Selain itu golongan ini juga harus mampu bergaul dengan masyarakat sekitar tidak kira apa jua latar belakang.inilah manhaj yang dibutuhkan dan harus diterapkan dalam diri setiap pendakwah.jangan hanya bergaul dengan kelompok sendiri.Cubalah terjun ke dalam masyarakat.Inilah yang dikatakan versatil.Kata Ibnu 'Aqil (pakar nahu arabi)
                                            
                   "Seorang yang bijak adalah ketika bersama isteri bergurau senda ketika bersama anak-anak akan menjadi kebudak-budakkan"
Tugas kalian bukan hanya berfatwa begini dan begitu namun cubalah untuk memahami masyarakat dan bergaul dengan mereka.


SEMUA  BIDANG DICEBURI
Bagi yang mengambil jurusan agama pastikan diri anda tidak hanya tertumpu apa yang diceburi.Cuba untuk menceburi bidang yang lain.Imam Abu Hanifah rah( w 150 H) merupakan salah seorang Imam mazhab yang empat.Beliau bukan sahaja menjadi seorang ulama' yang hebat dengan ilmu fiqh,hadis dan sebagainya beliau juga seorang peniaga kain yang berjaya.Inilah yang akan menjadi daya penarik bagi seorang yang mengambil jurusan agama dan sekaligus mengubah perspektif masyarakat yang menganggap golongan ini sebagai golongan yang lembab dan tidak ada nilai tambah.Bahkan masyarakat akan memandang bahawa bidang agama bukan bidang yang terkebelakang namun satu bidang yang memandang jauh ke hadapan.

Profesional+Versatil(personaliti,kredibiliti dll)=menarik mad'u ke arah yang lebih baik


TIADA PERBEZAAN
Bagi yang memilih jurusan seperti akauntan,doktor,engineer dan lain-lain bidang tugas anda juga tidak sama kurangnya tugas anda dalam memimpin masyarakat menuju redha Allah.Tugas dakwah bukan hanya tugas ustaz dan ustazah namun tugas semua yang mengucapkan kalimah tauhid "tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad saw adalah pesuruh Allah".saya tak belajar la bab-bab agama ni saya doktor tak perlu kot saya berdakwah".Ini bukan alasan.Tugas kita sebagai muslim semuanya sama.tidak kira jurusan agama ataupun tidak.Ana tidak ingin menggunakan perkataan profesionalisme bagi yang tidak mengambil jurusan agama kerana bagi ana bidang agama adalah bidang profesional dan begitu juga dengan bidang yang lain.Tapi ingat tugas kalian bukan memberi hukum tapi membantu dalam melaksanakan dan menegakkan hukum Allah di atas muka bumi.Golongan inilah antara golongan yang akan membantu dalam menghidupkan islam di mata masyarakat.Jadikan bidang kalian sebagai satu medan dalam menarik masyarakat dalam menghayati islam.

Doktor,Arkitek dll+Ulama'=tertegak kalimah Allah di muka bumi

MENGHIDUPKAN ISLAM DALAM KEHIDUPAN
Inilah yang paling penting mulakan dengan sekecil-kecil amalan seperti membaca bismillah di permulaan setiap amalan sehinggalah sebesar-besar amalan seperti berdakwah dll.Apa yang ana lihat ada sahaja sesetengah golongan yang menceburi bidang agama tetapi amalan dan akhlak serta kehidupan mereka tidak menggambarkan bahawa mereka adalah seorang pelajar agama.bahkan lebih teruk dari itu.Ana bukan hendak menghentam tapi inilah realiti bahkan ana merasa malu melihatkan golongan doktor,engineer,akauntan,dll dapat menonjolkan imej islam lebih lagi dari mereka yang mempelajari ilmu agama.Bukan ke ini akan membawa fitnah kepada islam itu sendiri bilamana golongan agama sendiri memperlekehkan agama,Islam bukan hanya ilmu semata-mata bahkan ia adalah sebuah cara hidup.

BANYAKKAN FIKIR
Sebagai kesimpulannya tugas seorang mahasiswa islam bukan hanya mampu menjana kecermelangan untuk diri bahkan mampu mencermelangkan orang lain.Tugas dakwah dan menegakkan agama Allah ini bukan hanya dipikul bagi yang menceburi bidang agama namun bagi bidang yang lain juga harus melaksanakan tugas ini sehinggalah Islam betul-betul tertegak diatas muka bumi.Mulakan dari sekarang dan rangka gerak kerja masing-masing kerana selepas kita 'graduate' tiada masa untuk kita berehat.

Gambar hiasan

Monday, January 2, 2012

TAHUN BARU;LEBIH BAIK ATAU SAMA SAHAJA

Assalamualaikum wbt kepada semua ikhwah
Alhamdullillah ana baru sahaja habis menghadapi Imtihan akhir bagi semester ini.Harap-harap mendapat keputusan yang cemerlang,Insyaallah

BERLABUHNYA TIRAI 2011

Dalam kita sedar atau tidak kini kita sudah berada  dalam tahun 2012.Terlalu cepat masa berlalu sampai tidak terasa.tahu-tahu sudah berada dalam tahun baru.Bak kata pepatah arab:
"الوقت كالصيف ادا لم تقطعه قطعك"
"waktu itu ibarat pedang kalau engkau tidak memotongnya dia yang akan potong engkau"

Namun jika kita koreksi dan muhasabah diri kita adakah sepanjang tahun 2011 yang dijalani oleh kita dipenuhi dengan perkara yang berfaedah?ataupun hanya memenuhi tuntutan hidup tanpa dipenuhi dengan perkara yang bermanfaat?Berlabuh nya tirai 2011 harusnya dipenuhi dengan sesalan jika kita melaluinya dengan jalan yang tidak diredhai Allah swt dan hanya dijalani dengan penuh keseronokan tanpa patuh dan taat kepada perintah Allah dan Rasul-Nya.Walaupun sepanjang tahun 2011 ada kenangan yang pahit jadikannya sebagai pengalaman dalam menghadapi hidup yang akan datang


TERSINGKAP TIRAI 2012

Inilah yang dianggap sebagai buku baru.Seorang pelajar jikalau catatannya sudah penuh satu buku pasti akan mencari buku yang lain untuk ditulis.Inilah peluang yang harus direbut oleh setiap insan kerana inilah peluang dan ruang yang terbesar untuk kita memperbetulkan masa lalu kita yang telah dijalani.pastikan tahun baru ini menjadikan kita lebih tabah dan bertambah keinginan untuk terus patuh kepada perintah Allah dan Rasul-Nya.setiap gerak geri kita haruslah mengikut apa yang diredhai Allah.jangan sampai tahun baru ini tiada langsung perubahan.lakukan sedikit anjakan paradigma.Perubahan itu pula perlulah positif .Kalau pelajar harus berazam untuk menuntut ilmu dengan lebih tekun dan gigih dalam  memberi manfaat kepada masyarakat satu hari nanti.Harus disipkan.diri dengan ilmu yang hanya terdapat di kuliah tetapi bacaan luar ataupun kelas2 luar harus dihadiri.mantapkan jati diri dan harus lebih matang dalam menilai sesuatu.kalau bagi ibu bapa pula harus berusaha untuk mewujudkan biah solehah dalam rumah dan memastikan ahli rumah dan anak-anak menjadi orang yang patuh dan tunduk pada perintah Allah di samping menanamkan tarbiah islamiah yang sohih kepada anak-anak.Bagi suami isteri harus berazam dan berusaha sempena tahun baru untuk memantapkan lagi institusi kekeluargaan berlandaskan apa yang telah ditetapkan syara'. bagi pemerintah pula haruslah berusaha untuk lebih adil dalam pemerintahan dan telus dalam melaksanakan undang-undang. itulah antara contoh dalam dalam melakukan pembaharuan dalam hidup sempena tahun baru yang baru sahaja hadir.Pastikan "hari ini lebih baik dari semalam".mungkin juga seseorang itu boleh berusaha merubah dirinya dari sifat yang buruk kepada sifat yang lebih.

KESIMPULAN 

pastikan kita menggunakan waktu dgn sebaiknya jangan disiakan 

Firman Allah swt dalam Surah Al-Asr:
والعصر . ان الانسان لفي الخسرز الا الدين ءامنوا وعملوا الصلحت وتواصوا بالحق وتواصوا بالصبر
Mksudnya:Demi masa.Sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali  yang beriman dan yang beramal soleh
serata berpesan kepada kebenaran dan sabar"


Jangan leka dengan apa yang ada disekeliling.Hargai setiap waktu kerana masa itu merupakan emas.
Gunakan sebaiknya dalam menjalani tahun baru ini.jangan hanya berazam tapi harus diselangi dengan kekuatan untuk melaksanakannya.Cuba jadikan tahun 2012 tahun yang penuh diberkati dengan melaksanakan kewajiban sebagai hamba Allah dan khalifah Allah di muka bumi ini.


Waallahu a'lam

p/s

Tuesday, December 27, 2011

BELAJAR KERANA APA:PEPERIKSAAN ATAU......


Assalamualaikum wbt kepada semua ikhwah yang disayangi.Harap semua dalam keadaan sihat dan sejahtera serta mampu untuk menjalankan segala perintah Allah.

Firman Allah swt dalam surah Az-Adz-Dzarariyat ayat 56:

وما خلقت الجن والانس الا ليعبدون
Maksudnya:"Tidaklah aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadat kepada-Ku"

Alhamdullillah ana dan rakan-rakan yang lain baru sahaja selesai menghadapi Imtihan untuk Markaz Lughah(Pusat Bahasa) petang tadi(pukul 4 waktu jordan).Soalan agak mencabar lebih-lebih lagi soalan karangan.Tapi Alhamdullillah berkat doa rakan-rakan yang lain dapat juga ana menjawabnya.Insyaallah pada hari sabtu 31 disember 2011 ana akan menghadapi pula peperiksaan akhir fasal satu untuk subjek Nuzum Islamiah dan satu lagi  pada 2 Januari 2012 untuk subjek Ulum Al-Quran.Ana harap dapat menghadapinya dengan penuh persediaan dan mendapat kejayaan insyaallah.Doakan ana tau!
Kalau di Jordan khususnya di Universiti Al Al-Bayt para penuntut di sini akan kerap menghadapi Peperiksaan.Kadang-kadang timbul persoalan "Adakah kita belajar kerana peperiksaan atau apa?"


BELAJAR BILA PEPERIKSAAN MENJELANG

Inilah trend pelajar zaman sekarang bila peperiksaan sudah dekat baru hendak belajar la,study group la,kadang-kadang tu buku yang tak pernah dibuka sebulan bila nak imtihan baru buka.Apa yang ana cakap ini adalah melalui pemerhatian ana sendiri.Kadang lucu juga.bila menjelang peperiksaan baru sibuk nak mencari buku untuk dibaca."Kau nak pergi mana?"tanya seorang rakan."Aku nak pergi ke perpustakaan jap nak belajar sikit"ujarnya."aik peliknya kau ni x pernah aku nampak kau kat perpustakaan selama ni?"tanya rakannya lagi."ala imtihan nak dekat kenalah belajar sikit"jawabnya.Inilah antara dialog-dialog yang biasa didengari dan mungkin ada dialog yang lain(jika ikhwah rasa nak tambah boleh la).Sesetengah mereka hanya belajar bila waktu hampir dengan peperiksaan bila habis peperiksaan tidak tahu apa yang harus dibuat jadi masa selepas peperiksaan dihabiskan dengan bermain video game,menonton filem,dan lain-lain.Ana teringat semasa ana masih menuntut di tingkatan 3 ada seorang hamba Allah bilamana hampir waktu PMR barulah mahu mengukangkaji sehingga tidak tidur malam.selama ini masanya hanya dihabiskan dengan bermain tanpa menyelitkan perkara yang berfaedah.

APA SEBENARNYA BELAJAR?

Ada yang beranggapan bahawa belajar itu setakat peperiksaan sahaja bila habis peperiksaan maka habis dan khatamlah pembelajarannya.Itulah kadang-kadang bila ditanya tentang sesuatu apa yang dipelajarinya dikatanya lupa kerana semua yang dipelajari sudah dimuatkan dalam jawapannya dalam kertas peperiksaan.Ana tidak rasa yang belajar itu tertakluk di dalam kelas sahaja.Membaca bahan luar juga dikira belajar,menghadiri ceramah-ceramah tidak kira yang berunsur motivasi atau apa sahaja dikira sebagai belajar,memerhati kejadian alam juga sudah dikira sebagai belajar.Jadi selepas peperiksaan cuba mengulang kaji apa yang sudah dipelajari ditambah pula dengan bacaan luar.Barulah mantap dan insyaallah akan ingat sampai bila-bila jika diajar pula pada orang lain serta cuba untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh membuka minda atau apa sahaja yang boleh memnyebabkan apa yang dipelajari berkembang.

MALASLAH!!!


Inilah sikap yang boleh merugikan diri sendiri dan amat rugi jika apa yang dipelajarinya tidak dapat difahami dengan lebih dalam dan tidak disampaikan.Ana langsung tidak hairan kepada golongan yang hanya pandai dalam peperiksaan namun tidak mampu menyelesaikan sesuatu di luar peperiksaan kerana terlalu bergantung kepada buku peperiksaan.


PEPERIKSAAN PENTING!!!

Tidak dinafikan bahawa peperiksaan itu juga penting.Rata-rata mereka yang bergelar professer berkelayakan phd.Jika ingin menjadi pensyarah sekurang-kurangnya perlu ada M.A jika ingin menjadi doktor perubatan perlu ada ijazah doktor perubatan(MD).Jika pegawai tadbir atau pengajar di sekolah sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda(B.A).semua ini berorentasikan peperiksaan.Malah dunia juga amat mementingkan kecermelangan dalam peperiksaan.kalau di barat sekurang-kurang harus mendapat gred B untuk melayakkan diri ke semester seterusnya.Mengikut takrifan Dr.Sulaiman Masri salah seorang Pensyarah di UPSI peperiksaan adalah ukuran pencapaian akhir tahun bagi murid/pelajar-mahasiswa
Peperiksaan dijalankan adalah untuk menguji sejauh mana kefahaman kita dalam kelas.Jika hanya belajar tanpa memahami itulah sebab selepas peperiksaan lupa semuanya kerana belajar hanya untuk mendapatkan markah yang terbaik.Namun harus diingat jika peperiksaan tidak dijalankan sesetengah mereka tidak akan belajar.tapi pembelajaran ini haruslah diselangi dengan kefahaman dan ditambah dengan bahan yang lain selepas peperiksaan bagi menambahkan lagi kefahaman terhadap sesuatu.

BUKAN HANYA PEPERIKSAAN

Harus diingat peperiksaan bukan segalanya.Harus juga diselangi dengan kemahiran-kemahiran seperti kepimpinan,bercakap di khalayak ramai,berfikir dengan kreatif dan kritis dan lain-lain yang akan menjadi kan kita berbeza dengan orang lain.bukan hanya cemerlang akademik namun cemerlang juga siasahnya,akhlaknya serta soft skill yang lain.Tiada guna hanya pandai di kertas peperiksaan namun mempunyai siasah yang sangat teruk dan akhlak yang bertentangan sebagai orang yang cemerlang.


BELAJAR KERANA ALLAH

Ana nasihat pada diri ana dan ikhwah yang lain agar diniatkan agar pembelajaran kita kerana Allah swt sebagaimana sabda Nabi Muhammad saw yang diriwayatkan Imam Bukhari dari

انما الاعمل بالنيات وانما لكل امرئ ما نوى
Maksudnya:"Setiap amalan itu dimulai dengan niat dan setiap perkara itu melalui apa yang diniatkannya"

Dalam Qawaid fiqhiah juga ada menyebut:"الامور ومقاصدها" perkara dan maqasidnya(niatnya)
oleh apa yang kita belajar adalah kerana Allah.Jika di dalam peperiksaan kita niatkan agar kecermelangan  kita adalah untuk manfaat umat islam khususnya dan manusia.Jika kita belajar hanya untuk bekerja amatlah rugi.Oleh itu jika ada kesempatan tuntutlah sebanyak mana ilmu agar dapat dimanfaatkan oleh semua


SALAM IMTIHAN NIHAIE KEPADA SEMUA PENUNTUT JORDAN DAN SALAM MENUNTUT ILMU KEPADA RAKAN-RAKAN DI MALAYSIA
di hadapan Mujamma' Quraisy Universiti Al Al-Bayt Mafraq
Jordan

Saturday, December 24, 2011

Peranan Mahasiswa islam:Belajar atau berpesatuan?

Assalamualaikum wbt kepada ikhwah2 yang disayangi,

Rasanya sudah hampir 4 bulan ana berada di bumi Jordan.Inilah kali pertama ana berjauhan dengan keluarga dalam tempoh masa yang panjang.bukannya dekat tapi beribu kilometer.Tapi demi ilmu segalanya apa2 pun boleh
ana teringat satu syair daripada Imam syafie rah.
  من طلب العلم للمعاد # فاز بفضل من الرشاد
 فنال حسنا بطلبيه #  بفضل نيل من العباد
"sesiapa yang menuntut ilmu kerana inginkan akhirat,maka berjaya dia dengan sebab petunjuk daripada ilmu
  tersebut.oleh itu, dia mendapat kebaikan daripada petunjuk dan ilmu dengan sebab dia menuntut daripada 
  orang yang tunduk kepada Allah"
Berbalik kepada persoalan,
 Sesiapa yang ditakrifkan sebagai mahasiswa pastinya mempunyai intelektual yang terbaik sehingga mampu membezakan antara baik dan buruk.Tetapi......
"ada sesetengah mahasiswa yang hanya tahu belajar tak hirau langsung keadaan sekeliling sampaikan nak masak nasi pun x tahu.Ada pula yang sibuk berpesatuan dan berdakwah tetapi akademik hancur lebur, apa cerita?"

BERPESATUAN SATU TUNTUTAN

"Bukankah berdakwah itu satu tuntutan.Dalam kita berpesatuan kita boleh belajar organize masa kita sekaligus hidup kita jadi teratur"
Tidak dinafikan bahawa berpesatuan itu adalah salah satu wasilah dan satu latihan dalam kita menyusun kehidupan kita semasa belajar mahupun semasa bekerja hatta berumah tangga pun perlukan kemahiran ini.
Sebagai mahasiswa islam salah satu tanggungjawab yang harus dipikul adalah dakwah.Maka dengan kita berpesatuan cara kita berdakwah akan lebih teratur dalam mencapai sasaran dakwah.Mahasiswa sebegini lah yang diperlukan masyarakat dalam sektor pekerjaan atau apa jua perkara kerana mereka ini mempunyai nilai tambah yang tidak ada pada orang lain.

KECUNDANG DI BILIK KULIAH

"Kenapa awak tidak belajar kan imtihan nak dekat?"tanya seorang rakan
"saya ada program yang harus saya handle ala lagipun sebelum ni x pernah pun saya gagal cukup makan jadilah.lagipun program ni lagi penting.untuk tarbiah muslim"ujarnya.inilah sebahagian realiti yang berlaku mungkin banyak je contoh seperti ini hebat dalam berpesatuan dan berprogram namun dalam akademik hancur lebur.adapun mereka ini sangat teliti dalam menguruskan sesuatu program namun dalam menguruskan akademik carca marba. dan kacau bilau.diuruskannya remeh-temeh sehingga perkataan keramat"cukuplah la markah ni janji x gagal" sudah menjadi zikir setiap kali keputusan imtihan keluar.bukan kah Allah berfirman dalam Surah Al-Qasas ayat 26:
ان خير من استئجرت القوي الامين
maksudnya:"sesungguhnya orang terbaik yang engkau ambil bekerja adalah yang mempunyai kekuatan lagi amanah"

tidak seharusnya bagi seorang mahasiswa muslim teliti dalam satu kerja namun jika ada kerja yang lain dilakukannya secara 'acuh x acuh' adakah kita ingin melahirkan pejuang islam yang 'lemau' serta tidak berkualiti?

KEPUTUSAN IMTIHAN RENDAH BUKAN X DE ILMU

Ada yang beranggapan bahwa imtihan bukan segalanya .ia tidak menunjukkan bahawa sesiapa yang mencapai keputusan yang tidak memberangsangkan tidak bermakna kita bodoh.
saya teringat kata2 seorang senior di tempat saya belajar sekarang iaitu Jordan
"ala kalau markah rendah pun bukan kite x tau kalau orang tanya pun kita boleh jawab cume masalahnye apa yang kita belajar dalam bahasa arab doktor ajar pun dalam bahasa arab kalau bahasa melayu dah score dah"
saya terfikir" kalau bahasa arab pun apa masalahnya boleh belajar kalau dah malas tu bahasa melayu pun kecundang."
ada yang berpesatuan dan berprogram sehingga tidak hadir ke kelas.Bukankah di dalam kelas kita boleh menggilap pemikiran kita dengan bersoal jawab mendengar dan berfikir?yang mne boleh digunakan dalam 
memimpin persatuan dan masyarakat.jika kita sudah berpesatuan mengapa tidak tahu membahagikan masa belajar dan berpesatuan?alasannya"susahlah".pelik........


BELAJAR X NAK BERPESATUAN PUN X NAK

inilah ciri2 mahasiswa yang akan membawa kerugian yang sangat besar bukan sahaja pada negara malah kerugian yang amat besar kepada islam bahkan diri sendiri.inilah antara mahasiswa yang akan membawa kerosakan.

BERLATIHLAH!

berlatihlah mengurus diri
mungkin tahun 2 lebih sibuk dari tahun 1
tahun 4 lebih dari tahun 3
bila kerja lagi sibuk
dah kahwin x yah cerita 
bila dah tua x boleh nak wat apa2
mungkin di samping kita berpesatuan bahagikan masa untuk belajar
persatuan sebagai nilai tambah manakala akademik untuk menjawab persoalan masyarakat
jangan terlalu fokus kepada satu perkara tapi ada yang lagi aula dan utama.

p/s: ana nasihat untuk diri ana yang serba lemah untuk cuba sedaya upaya melakukan sebaik mungkin jika diberi taklifan atau tanggungjawab di samping cemerlang dalam akademik doakannya
kita tidak mahu melahirkan mahasiswa yang cemerlang dalam akademik namun kemahiran yang lain kecundang begitu juga sebaliknya


Monday, November 7, 2011

salam perkenalan

Assalamualaikum
kepada semua rakan2 semua harap semua dalam keadaan sihat.harap2 blog ini menjadi medan ilmu kepada kita semua untuk menambahkan ilmu dan iman kepada Allah swt.segala renspons diharapkan kepada semua untuk menambahkan lagi apa yang sepatutnya untuk kebaikan kita semua.
Ana harap agar rakan 2 semua dapat mengambil cakna keadaan umat islam khususnya di samping menambah kan ilmu sebanyaknya.segala apa yang kurang dapatlah rakan2 tambah.segala perbincangan dapatlah di utarakan agar sama2 dapat manfaat.wasalam kepada semua.
Tidak terlambat untuk ana ucapkan kepada semua "Selamat Hari Raya Aidiladha."