Assalamualaikum wbt kepada ikhwah2 yang disayangi,
Rasanya sudah hampir 4 bulan ana berada di bumi Jordan.Inilah kali pertama ana berjauhan dengan keluarga dalam tempoh masa yang panjang.bukannya dekat tapi beribu kilometer.Tapi demi ilmu segalanya apa2 pun boleh
ana teringat satu syair daripada Imam syafie rah.
من طلب العلم للمعاد # فاز بفضل من الرشاد
فنال حسنا بطلبيه # بفضل نيل من العباد
"sesiapa yang menuntut ilmu kerana inginkan akhirat,maka berjaya dia dengan sebab petunjuk daripada ilmu
tersebut.oleh itu, dia mendapat kebaikan daripada petunjuk dan ilmu dengan sebab dia menuntut daripada
orang yang tunduk kepada Allah"
Berbalik kepada persoalan,
Sesiapa yang ditakrifkan sebagai mahasiswa pastinya mempunyai intelektual yang terbaik sehingga mampu membezakan antara baik dan buruk.Tetapi......
"ada sesetengah mahasiswa yang hanya tahu belajar tak hirau langsung keadaan sekeliling sampaikan nak masak nasi pun x tahu.Ada pula yang sibuk berpesatuan dan berdakwah tetapi akademik hancur lebur, apa cerita?"
BERPESATUAN SATU TUNTUTAN
"Bukankah berdakwah itu satu tuntutan.Dalam kita berpesatuan kita boleh belajar organize masa kita sekaligus hidup kita jadi teratur"
Tidak dinafikan bahawa berpesatuan itu adalah salah satu wasilah dan satu latihan dalam kita menyusun kehidupan kita semasa belajar mahupun semasa bekerja hatta berumah tangga pun perlukan kemahiran ini.
Sebagai mahasiswa islam salah satu tanggungjawab yang harus dipikul adalah dakwah.Maka dengan kita berpesatuan cara kita berdakwah akan lebih teratur dalam mencapai sasaran dakwah.Mahasiswa sebegini lah yang diperlukan masyarakat dalam sektor pekerjaan atau apa jua perkara kerana mereka ini mempunyai nilai tambah yang tidak ada pada orang lain.
KECUNDANG DI BILIK KULIAH
"Kenapa awak tidak belajar kan imtihan nak dekat?"tanya seorang rakan
"saya ada program yang harus saya handle ala lagipun sebelum ni x pernah pun saya gagal cukup makan jadilah.lagipun program ni lagi penting.untuk tarbiah muslim"ujarnya.inilah sebahagian realiti yang berlaku mungkin banyak je contoh seperti ini hebat dalam berpesatuan dan berprogram namun dalam akademik hancur lebur.adapun mereka ini sangat teliti dalam menguruskan sesuatu program namun dalam menguruskan akademik carca marba. dan kacau bilau.diuruskannya remeh-temeh sehingga perkataan keramat"cukuplah la markah ni janji x gagal" sudah menjadi zikir setiap kali keputusan imtihan keluar.bukan kah Allah berfirman dalam Surah Al-Qasas ayat 26:
ان خير من استئجرت القوي الامين
maksudnya:"sesungguhnya orang terbaik yang engkau ambil bekerja adalah yang mempunyai kekuatan lagi amanah"
tidak seharusnya bagi seorang mahasiswa muslim teliti dalam satu kerja namun jika ada kerja yang lain dilakukannya secara 'acuh x acuh' adakah kita ingin melahirkan pejuang islam yang 'lemau' serta tidak berkualiti?
KEPUTUSAN IMTIHAN RENDAH BUKAN X DE ILMU
Ada yang beranggapan bahwa imtihan bukan segalanya .ia tidak menunjukkan bahawa sesiapa yang mencapai keputusan yang tidak memberangsangkan tidak bermakna kita bodoh.
saya teringat kata2 seorang senior di tempat saya belajar sekarang iaitu Jordan
"ala kalau markah rendah pun bukan kite x tau kalau orang tanya pun kita boleh jawab cume masalahnye apa yang kita belajar dalam bahasa arab doktor ajar pun dalam bahasa arab kalau bahasa melayu dah score dah"
saya terfikir" kalau bahasa arab pun apa masalahnya boleh belajar kalau dah malas tu bahasa melayu pun kecundang."
ada yang berpesatuan dan berprogram sehingga tidak hadir ke kelas.Bukankah di dalam kelas kita boleh menggilap pemikiran kita dengan bersoal jawab mendengar dan berfikir?yang mne boleh digunakan dalam
memimpin persatuan dan masyarakat.jika kita sudah berpesatuan mengapa tidak tahu membahagikan masa belajar dan berpesatuan?alasannya"susahlah".pelik........
BELAJAR X NAK BERPESATUAN PUN X NAK
inilah ciri2 mahasiswa yang akan membawa kerugian yang sangat besar bukan sahaja pada negara malah kerugian yang amat besar kepada islam bahkan diri sendiri.inilah antara mahasiswa yang akan membawa kerosakan.
BERLATIHLAH!
berlatihlah mengurus diri
mungkin tahun 2 lebih sibuk dari tahun 1
tahun 4 lebih dari tahun 3
bila kerja lagi sibuk
dah kahwin x yah cerita
bila dah tua x boleh nak wat apa2
mungkin di samping kita berpesatuan bahagikan masa untuk belajar
persatuan sebagai nilai tambah manakala akademik untuk menjawab persoalan masyarakat
jangan terlalu fokus kepada satu perkara tapi ada yang lagi aula dan utama.
p/s: ana nasihat untuk diri ana yang serba lemah untuk cuba sedaya upaya melakukan sebaik mungkin jika diberi taklifan atau tanggungjawab di samping cemerlang dalam akademik doakannya
kita tidak mahu melahirkan mahasiswa yang cemerlang dalam akademik namun kemahiran yang lain kecundang begitu juga sebaliknya

kelas + kafe + katil =trend mahasiswa skrg
ReplyDeletemoga kita bukan golongan yang itu,tapi lebih baik!