Tuesday, April 23, 2013

SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU HADIS SIRI 1


Bila berbicara tentang hadis Rasulullah saw pastinya kita akan terbayang nama Abu Hurairah ra yang terkenal sebagai sahabat yang banyak meriwayatkan hadis daripada Rasulullah saw atau mungkin Imam Bukhari(w.256 H) yang terkenal dengan kitabnya Sahih al-Bukhari dan mungkin juga Imam-imam muhadithin yang lain..bila mempelajari Hadis maka tidak akan lari daripada apa yang dinamakan sebagai ulum hadis(Ilmu-ilmu yang berkaitan  dengan hadis).Maka setiap plajar yang mempelajari hadis tidak dapat tidak harus menguasai apa yang berkaitan dengan ulum hadis sebelum pergi ke peringkat yang lebih jauh

Ulum hadith adalah suatu ilmu di mana setiap penuntut ilmu akan didedahkan dengan segalam ilmu yang berkaitan dengan hadith seperti ilmu Jarh wa ta’dil,ilmu takhrij al-hadis,ilmu mukhtalif al-hadis,al-sabiq wa al-lahiq dan lain-lain lagi.secara umumnya istilah ulum hadis ini telah mendapat perhatian dari kalangan ulama Hadith dan mereka membahagikan ilmu hadis kepada dua

1`.علم الحديث الرواية أو علم رواية الحديث-Berkaitan dengan periwayatan hadis dan penjagaan riwayat
2.علم الحديث الدراية أو علم دراية الحديث-kata Izzudin bin jama’ah:”ilmu berkaitan dengan pengkajian dari segi sanad dan matan”

SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU HADIS

                Setiap perkara pasti ada sejarah perkembangan.Perkembangan ulum-Quran menyebabkan ilmu lain juga turut mengalami perkara yang sama khususnya ilmu hadis.Bagaimana ilmu hadis boleh berkembang pesat sehingga mempunyai disiplin ilmu yang tersendiri? Sehingga ianya menjadi lebih tersusun sepertimana yang ada di zaman kita?
Mari kita selusuri sejarah perkembangan Ilmu Hadis…..

1.        1.PERINGKAT AWAL: ZAMAN RASULULLAH SAW

Di zaman ini Ilmu hadis belum lagi diperkenalkan secara khusus dan belum mempunyai disiplin yang tersendiri namun kaedah periwayatan sudah muncul secara tidak langsung diperingkat ini.
Iaitu para Sahabat r.a mendengar daripada Rasulullah saw kemudian menyampaikan kepada sahabat yang lain yang tiada semasa sesuatu hadis dinukilkan daripada Rasulullah saw.
Sehingga Rasulullah saw bersabda:

”نضر الله امرأ سمع منا شيئا فبلغه كما سمع فرب مبلغ أوعى من سامع"
Maksudnya:”Allah akan mengelokkan wajah seseorang yang mendengar sesuatu daripada kami kemudian dia menyampaikan apa yang didengari moga-moga orang yang menyampaikan lebih faham daripada yang mendengar”
(Riwayat Tarmizi, kitab العلم   bab ما جاء في الحث على تبليغ السامع
No.2657)
Dan pada peringkat ini Para sahabat lebih menjurus kepada periwayatan,hafalan dan penyampaian.Disebabkan para Sahabat r.a terkenal dengan kuat hafalan dan segala yang diriwayatkan oleh  mereka semuanya adalah benar dan menjadikan riwayat mereka jauh daripada keraguan penipuan dan lupa.sehingga datang kaedah kepada para sahabat

الصحابة عدول

PENULISAN HADIS DI ZAMAN RASULULLAH SAW

                Sebenarnya penulisan hadis sudah bermula di zaman Rasulullah saw namun penulisan ini tidaklah seperti  apa yang ada di zaman kita ini dan tidak juga penulisan ini menjadi rujukan kepada orang ramai akan tetapi ianya hanya menjadi simpanan para Sahabat r.a yang menulis hadis tersebut.Sepertimana Abu Hurairah r.a berkata:

ما من أصحاب النبي أحد أكثر حديثا عنه مني إلا من عبد الله بن عمرو فإنه كان يكتب ولا أكتب
Maksudnya:”tiada sahabat nabi yang lebih banyak menghafal hadis rasulullah saw daripada aku kecuali Abdullah b amru sesungguhnya da menulis aku pula tidak menulis”
(Riwayat Bukhari,kitab العلم bab كتابة العلم  no 113)

Juga apa yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Amru beliau berkata:

“Aku menulis segala yang aku dengar daripada Rasulullah saw kerana aku ingin menghafalnya dengan tidak semena orang quraisy melarang aku mereka berkata: adakah engkau menulis sesuautu daripada Rasulullah saw seorang manusia kadang-kadang bercakap dalam keadaan marah dan kadang-kadang dalam keadaan redha?maka aku memberhentikan penulisan aku aka aku mengadu hal berikut kepada Rasulullah saw kemudian Rasulullah saw meletakkan tangannya di atas lembaran seraya bersabda:”tulislah demi nyawa aku di tangan-Nya tidak aku berkata kecuali datang dari aku perkara yang benar”
(Riwayat abu Daud di dalam العلم dan Musnad Imam Ahmad 2015/2)

Maka di sini jelas bahawa penulisan hadis sudah muncul di zaman Rasulullah saw akan tetatpi bukanlah ia menjadi rujukan untuk orang ramai.Di antara penulisan atau sahifah yang muncul di peringkat ini:

1. As-sahifah as-sodiqoh yang ditulis oleh Abdullah bin Amru b al-as
2. Sahifah Ali bin Abi talib
3. Sahifah Saad b Ubadah
4. Lembaran yang mengandungi perintah dari Rasulullah saw tentang hokum hakam kepada mereka yang dihantar ke tempat lain

-Kesimpulan pada peringkat ini ilmu hadis tidak muncul dengan disiplin yang tersendiri akan tetapi muncul secara tidak langsung iaitu periwayatan hadis daripada Rasulullah saw kemudian disampaikan kepada sahabat yang lain

2.PERINGKAT KEDUA; ZAMAN SAHABAT R.A

                Selepas kewafatan Rasulullah saw maka terzahir keperluan untuk menjaga riwayat hadis Rasulullah saw oleh itu pada peringkat ini banyak rehlah untuk mencari kethabitan tentang sesebuah hadis dan Para sahabat r.a sentiasa berada dalam keadaan berjaga kerana takut apa yang diriwayatkan kemungkinan salah ataupun terlupa
Perkara ini boleh dilihat daripada perbuatan Abu Bakar as-siddiq r.a apabila beliau diminta untuk memberi hak tinggalan(mirath) kepada جدة(nenek) mari kita lihat bagaimana telitinya Abu Bakar dalam menerima riwayat hadis

“telah datang seorang nenek kepada Abu Bakar r.a dia berkata kepada Abu Bakar:”sesungguhnya cucu lelaki ku telah mati,aku dikhabarkan bahawa hak aku terdapat di dalam Al-quran,maka Berkata Abu Bakar r.a:”aku tidak dapati di dalam Al-quran hak kamu wahai nenek  dan aku tidak pernah Rasulullah saw berbuat demikian beliau kemudian bertanya kepada orang ramai. Maka Mughirah bin syu’bah menyaksikan bahawa Rasulullah saw member hak 1/6 kepada nenek.Abu Bakar siapa lagi yang mendengar selain kamu? Mughirah bin Syu’bah berkata:”Muhammad bin Maslamah kemudian Abu Bakar r.a member hak kepada nenek tersebut 1/6 kemudian terjadi hal yang sama pada zaman Umar r.a”
(Riwayat Tarmizi kitab الفرائض  bab ما جاء في ميراث الجدة  no 2100 &2101)

Begitu juga apa yang berlaku pada kisah الإستئذان ثلاثا (Riwayat Bukhari kitab الإستئذان bab التسليم والإستئذان ثلاثا no 2645)
Di peringkat ini juga para Sahabat mula mencari siapa yang meriwayatkan hadis terutama pada zaman fitnah iaitu selepas kematian saidina Uthman r.a sehingga Ibnu sirin(w.110) meyebutkan:

لم يكون يسألون عن الإسناد فلما وقعت الفتنة قالوا: سموا لنا رجالكم فينظر إلى أهل السنة فيؤخذ حديثهم وينظر إلى أهل البدع فلا يؤخذ حديثهم
Maksudnya:”sebelum ini para sahabat r.a tidak langsung mempersoalkan tentang sanad apabila terjadi fitnah mereka berkata:”namakan siapa yangkamu riwayatkan daripadanya maka lihat kepada ahli sunnah ambillah hadis daripada mereka dan lihatlah kepada ahli bidaah maka jangan ambil hadis daripada mereka”

REHLAH ILMI DI ZAMAN SAHABAT 

                Demi mencari riwayat maka para Sahabat r.a memperbanyakkan rehlah untuk memastikan riwayat sebuah hadis ini dibuktikan dengan perbuatan Abu Ayyub al-Ansari yang dikenali sebagai sahabat yang selalu melazimi Rasulullah saw bahawa beliau sanggup pergi ke Mesir untuk mendengar hadis daripada Uqbah Bin Amir apabila selesai beliau terus pulang ke Madinah Munawwarah.(ma’rifah ulum hadis karangan al-Hakim Nisaburi)

KAEDAH-KAEDAH YANG DIGUNAKAN DI ZAMAN SAHABAT 
1.Mengurangkan riwayat
2. memastikan periwayatan dengan perincian
3.Bertanya tentang rijal(perawi) yang meriwayatkan hadis
4.Kritikan terhadap riwayat

Sehingga kaedah pada masa itu dikenali dengan
"الحديث عن رسول الله شديد

-Kesimpulan di peringkat ini adalah sepertimana di zaman Rasulullah saw bahawa pada zaman ini ilmu hadis tidak mempunyai disiplin yang tersusun namun zaman ini terzahir beberapa kaedah dalam menerima riwayat hadis oleh para Sahabat dan sebahagian Tabi’en

(Dalam penulisan seterusnya kita akan menyambung sejarah perkembangan ilmu hadis yang seterusnya)

Rujukan
1.صحيح البخاري,الجامع الصحح المسند من حديث رسول الله وسننه وأيامه, Muhammad bin Ismail bin Ibrahim Bin Mughirah Al-Ju’fi Al-Bukhari
2.تحفة الأحواذي بشرح جامع الترميذي, Abi ‘ula Muhammad Abdurrahman ibn Abdurrahim al-mubarakfuri
3. المفيد في تقعيد علوم الحديث,Dr Ali Ajin dar al-hamed 2010
4.المنهج الحديث في علوم الحديث, Dr Mukhtar Mufti,أمواج للنشر والتوزيع 2012
5.منهج النقد في علوم الحديث,Dr nuruddin al-itr,Dar Al-Fikr
6.دراسات في مناهج المحدثين, professor Amin Muhammad Qudhoh professor Amir Hassan Sobri,جهينة,2011


Wednesday, April 17, 2013

Solat hajat...?


Dalam kehidupan ini pasti ada kesusahan yang perlu dilalui ada kepayahan yang harus ditempuhi dan pasti ada keinginan yang ingin dipenuhi….tidak dapat tidak pastinya segala keinginan tersebut akan dipanjatkan kepada Allah swt Tuhan sekalian alam.Allah swt berfirman

واستعينوا بالصبر والصلوة وإنها لكبيرة إلا على الخشعين))

Maksudnya:”Dan minta tolonglah dengan sabar dan solat sesungguhnya ia berat kecuali bagi orang yang khusuk(surah Al-Baqarah ayat 45).Kata Imam Qurtubi rah(w.671 H) di dalam tafsirnya:”Di sebut solat secara khusus di dalam ayat ini berbanding ibadat yang lain adalah kerana istimewanya ibadat tersebut sesungguhnya Rasulullah saw apabila ditimpa sesuatu perkara maka Baginda akan bersegera untuk bersolat”(جامع لأحكام القرآن  294/1)
Bahkan Allah swt menggalakkan agar hambanya meminta kepada-Nya.Firman Allah:

ادعوا ربكم تضرعا وخفية إنه لا يحب المعتدين))

Maksudnya:”Dan berdoalah kepada tuhanmu dengan rendah diri dan suara yang lembut sesungguhnya Allah swt tidak menyukai mereka yang melampaui batas”(surah al-A’araf ayat 55).Kata Imam Qurtubi lagi:”ini adalah satu perintah untuk berdoa dan merupakan satu ibadah"(جامع لأحكام القرآن 157/7)

Berdasarkan dua ayat ayat bahkan banyak lagi galakan di dalam al-quran untuk kita berdoa dan meminta kepada Allah dengan pendekatan bahasa dan lafaz dan yang berbeza.

SOLAT HAJAT?

Mungkin sudah menjadi kebiasaan masyarakat kita di Malaysia apabila ada sahaja apa-apa yang mendatang seperti  peperiksaan menjelang,anak sakit,ingin lulus dalam peperiksaan,ingin menang dalam pertandingan dan sebagainya.persoalannya ada atau tidak berkaitan apa yang dinamakan sebagai solat hajat?

Apakah ia mempunyai dalil yang khusus? sebahagian mereka yang mengatakan bahawa boleh melakukan solat hajat adalah kerana mereka berpegang kepada hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tarmizi(w.279 H) dan Imam ibn Majah(w.275 H)

حدثنا علي بن عيسى بن يزيد البغدادي حدثنا عبدالله بن بكر السهمي وحدثنا عبدالله بن منير عن عبدالله بن بكر عن فائد بن عبدالرحمن عن عبدالله بن أبو أوفى قال:قال رسول الله:(من كانت له إلى الله حاجة أو إلى أحد من بني آدم فليتوضأ فليحسن الوضوء ثم ليصل ركعتين ثم ليثن على الله وليصل على النبي ثم ليقل:لا إله إلا الله الحليم الكريم سبحان الله رب العرش العظيم الحمدلله رب العلمين أسألك موجبات رحمتك وعزائم مغفرتك والغنيمة من كل بر والسلامة من كل إثم لا تدع لي ذنبا إلا غفرته ولا هما إلا فرجته ولا حاجة هي لك رضا إلا قضيتها يا أرحم الراحمين)

Maksudnya:”Telah menceritakan kepada kami Ali b Isa b Yazid al-baghdadi telah menceritakan kepada kami Abdullah b Bakar al-sahmi dan juga menceritakan kepada kami Abdullah b Munir daripada Abdullah b Bakar daripada Faid b abdrurahman daripada Abdullah b abi Awfa beliau berkata bahawa Rasulullah bersabda:”apabila salah seorang dari kamu ada hajat atau mempunyai Sesutu keinginan kepada anak adam maka berwuduklah dan perbaikkan wuduk kemudian solat dua rakaat kemudian pujilah Allah dan berselawatlah ke atas Nabi seraya berkata:tiada tuhan selain Allah yang Maha Lembut dan Maha Mulia Maha Suci Allah penjaga arasy segala puji bagi Allah Penjaga sekalian alam aku memohon rahmatmu dan keampunanmu dan ganjaran bagi setiap kebaikan dan perlindungan dari setiap kejahatan jangan engkau tinggalkan pada aku dosa setelah engkau hapuskannya tiada kesukaran setelah engkau leraikannya, dan tiada hajat hanya untuk keredaan mu setelah engkau tunaikan Wahai Yang Maha Pemurah”(Diriwayatkan oleh Imam Al-Tarmizi kitab solat bab solat hajat 241/2 dan juga diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah kitab إقامة الصلاة والنية فيها bab solat hajat 189/5)
Mari kita lihat status hadis ini:

1) Imam al-Tarmizi mengatakan bahawa hadis ini gharib(asing) dan pada sanad hadis ini terdapat perbincangan pada  seseorang yang sering diperkatakan iaitu Faid b Abdurrahman beliau didaifkan apabila meriwayatkan hadis dan Faid digelar juga sebagai Abu Al-Warqa’

Telah berkata Abdullah b Ahmad daripada ayahnya beliau berkata bahawa: hadis yang diriwayatkan oleh faid adalah matruk(tahzib al-tahzib 380/5)

Imam bukhari mengatakan:Hadisnya adalah munkar

2) status hadis ini adalah daif jiddan kerana di dalam sanad hadis ini terdapat Faid b Abdurrahman kata Yahya:hadis ini dhaif(mizan  Al-I’tidal 339/3)

3) hadis ini tidak boleh dijadikan sebagai sebagai dalil dan tidak boleh beramal dengannya kerana statusnya yang bertaraf dhaif jiddan

*boleh rujuk kitab tahzib al-tahzib berkaitan Faid b Abdurrahman*

Oleh itu boleh dikatakan bahawa hadis berkaitan dengan solat hajat adalah sangat lemah dan langsung tidak boleh dijadikan sebagai sandaran untuk beramal disebabkan statusnya yang begitu lemah

APA MASALAHNYA SOLAT KAN?
Bukan masalah atau tidak tapi bilamana kita menjenamakan dia sebagai solat hajat dengan kaifiat tertentu sepertimana masyarakat kita di Malaysia..rakaat pertama begini rakaat kedua begini…dan akhir sekali sujud selama mungkin…adalah satu bidaah yang sengaja diadadakan sedangkan tidak langsung dinyatakan kaifiat apatah lagi menamakan ia sebagai solat yang khusus iaitu solat hajat.Dan ianya melibatkan perkara ibadah iaitu solat dan memerlukan dalil yang sahih untuk menjadikan ia sebagai sandaran.
Kaedah menyebut
الأصل في العبادات حرام إلا ينص
Asal ibadah adalah haram sehingga ada nas yang mengisyaratkan tentangnya”

SECARA BERJEMAAH

Kebanyakan masyarakat di Malaysia sudah terbiasa dengan perkara ini…solat hajat adalah secara berjemaah…menjadi satu kemestian bila mendirikan apa yang dikatakan solat ini harus secara berjemaah…pada pendapat saya yang lemah ini ini adalah satu bidaah yang di ada-adakan kerana tiada satu dalil atau nas yang jelas tentang melakukan solat ini secara berjemaah khususnya ataupun solat sunat yang lain secara umumnya
Tiada pun satu dalil yang khusus yang menunjukkan bahawa Nabi melakukan solat sunat secara berjemaah dan tiada athar yang jelas daripada para sahabat tentang melakukan solat ini secara berjemaah
Sedangkan Nabi saw menggalakkan untuk melakukan solat sunat secara bersendirian

حدثنا عبد الأعلى بن حماد حدثنا وهيب غن أيوب وعبيد الله عن نافع عن ابن عمر قال:قال رسول الله:"اجعلوا في بيوتكم من صلاتكم ولا تتخذوها قبورا"

Telah menceritakan kepada kami Abdul A’la bin hammad telah menceritakan kepada kami Wuhaib daripada Ayub dan Ubaidillah  daripada Nafi’ daripada Ibn Umar beliau berkata bahawa Rasulullah saw bersabda:”Penuhkanlah rumah kamu dengan solat-solat dan jangan jadikan ia seperti kubur(kosong)”(diriwayatkan Imam Bukhari,Kitab التهجد 187/37)

ALTERNATIF
                Melihatkan kepada dalil dan beberapa pembacaan serta pertanyaan bagi pendapat saya yang lemah ini bahawa apa yang dikatakan sebagai solat hajat  itu tiada langsung bahkan dianggap sebagai perkara yang diadakan apatahlagi disebut dengan kaifiat tertentu yang tiada dalil yang jelas tentangnya
Bagi menggantikan apa yang dikatakan solat hajat ini bagi pandangan saya yang lemah ini ada beberapa alternatif sebagai salah satu cara untuk kita mengkehadapankan kehendak kita atau ingin memohon sesuatu kepada Allah

1.Jika ada sesuautu hajat atau keperluan maka gunakan apa yang Nabi saw telah sabdakan kepada kita iaitu solat sunat istikharah..ramai yang tersalah sangka bahawa ianya digunakan hanya untuk memilih pasangan sahaja bahkan ia juga adalah sebagai salah satu wasilah untuk kita memohon kepada Allah swt

Telah menceritakan kepada kami Mutarraf bin Abdullah (Abu Mus’ab) telah menceritakan kepada kami Abdurrahman bin Abi Mawal daripada Muhammad bin Munkadir daripada Jabir ra beliau berkata bahawa Rasulullah saw telah mengajarkan kami tenang istikharah(memohon petunjuk) dalam setiap perkara sepertimana Baginda mengajar tentang Al-quran apabila kamu berbolak balik tentang satu perkara maka solatlah dua rakaat yang bukan daripada solat fardu kemudian berkata:”Ya Allah aku meminta daripada engkau supaya lapangkan dada aku,berilah aku kekuatan dengan kekuatan engkau..aku memohon dengan kemulian yang ada di sisi engkau sesungguhnya engkau Maha Kuat aku ini lemah engakau Maha Mengetahui aku pula tidak tahu dank au mengetahui perkara yang tersempunyi..Ya allah jika perkara ini baik bagi aku pada agamaku kehidupanku dan pengakhiran kehidupan ku(lambat atau cepat)maka berilah aku kekuatan untuk memilihnya dan jika perkara ini buruk bagi aku pada agamaku kehidupanku dan pengakhiran kehidupanku(lambat atau cepat)maka palingkanlah dia dari aku dan palingkanlah aku darinya.maka kurniakanlah aku kebaikan dalam apa kedaan sekali pun dan redha lah ke atas aku(dengan perkara tersebut.kemudian dia menyebut hajatnya(keinginan)”

(Riwayat Bukhari kitab الدعوات bab doa ketika istikharah 6382/48)

2) Banyakkan berdoa.

Firman Allah swt
ادعوني أستجب لكم.....إلخ

Maksudnya:”berdoalah kepada ku nescaya aku kabulkan..(Surah al-Ghafir ayat 60).Kata Imam al-Qurtubi:”begitulah kebanyakan para Mufassirin sesungguhnya makna ayat ini(Esa kan Aku,Sembahlah Aku aku akan mnerima ibadat kamu dan aku akan mengampuni kamu)

Ini hanya pandangan saya yang lemah melalui dalil yang disebutkan melalui pembacaan,pengkajian dan pertanyaan kepada mereka yang lebih tahu.waallahua’lam