Sunday, March 24, 2013

KITA ADALAH PEMUDA!!


Membaca buku واجب الشباب المسلم اليوم  (tanggungjawab pemuda islam pada hari ini) karangan Dr Yusof Qardawi  banyak menyedarkan diri dan saya mengesyorkan agar teman-teman sekalian agar memiliki buku tersebut dan cubalah untuk membacanya..
Beberapa minggu yang lepas ,pertemuan dengan Dr khulud salah seorang pensyarah jabatan usuluddin di university al al-bayt telah membuahkan beberapa input yang menarik hasil daripada pertemuan tersebut antaranya adalah peranan syabab bila kita pulang ke negara kita kelak..

PEMUDA DI DALAM Al-QURAN

Mungkin teman-teman pernah membaca atau menghafal sebahagian kisah pemuda yang Allah swt sebutkan di dalam Al-Quran..kisah tersebut kadang-kadang memberi kita satu semangat dan kekuatan ketika mana kita merasa lemah dan longlai
Apa kita tidak ingat bagaimana kisah Nabi Ismail as yang sanggup mengorbankan dirinya apabila allah memerintahkan ayahandanya sendiri Nabi Ibrahim as untuk menyembelihnya dan kisah ini dirakamkan oleh Al-Quran  di dalam Surah as-soffat ayat 102 Firman Allah 

:”Maka berkata(Ibrahim as) wahai anakku! sesungguhnya aku melihatdi dalam mimpiku  bahawa aku menyembelihmu,bagaimana pendapatmu?Dia(Ismail as) menjawab:wahai ayahku lakukan apa yang telah diperintahkan kepadamu insyaallah kau akan mendapatiku termasuk orang yang sabar”

Langsung tidak gentar apabila datangnya perintah Allah…bahkan menyuruh Nabi Ibrahim untuk meneruskan perintah tersebut.
Juga kisah Nabi Yusof d as yang dirakamkan oleh Al-quran di dalam Surah Yusof  bagaimana beliau menahan godaan wanita salah seorang pembesar pada masa itu dan beliau pada ketika itu adalah pemuda!!pemuda!!
Bukan orang tua tapi pemuda!!!
Atau  pemuda di zaman Rasulullah saw kebanyakan mereka sudah keluar berjihad di waktu umur yang muda..Mus’ab b Umair yang gugur di medan Uhud,Ali ra yang terkenal dengan kebijakan dan lain-lai lagi dikalangan sahabat baginda yang amat muda umurnya..

KITA INI DUDUK REHAT KE?KE ADA KEWJIPAN YANG HARUS KITA TUNAIKAN?

Waktu muda bukan waktu berehat
Bukan waktu bersantai sambil menikmati kopi duduk pula di kerusi malas
Tapi Kita mempunyai tanggungjawab yang harus kita laksanakan!harus kita dirikan!tanpa ada rasa malas dan culas!
Menurut Dr Yusof Qaradawi beliau mengatakan bahawa pemuda pada masa kini harus melaksanakan beberapa tanggungjawab

1.KEWAJIPAN MEMAHAMI ISLAM DENGAN KEFAHAMAN YANG SOHIH

Bebaskan diri daripada fahaman yang karut marut,amalan yang menyeleweng daripada Al-quran dan al-sunnah kembalilah kepada ajaran al-quran dan al-sunnah
Jangan menambah-nambah di dalam perkara agama Firman Allah “hari ini aku sempurnakan agama kamu dan aku berikan kepada kamu nikmat dan aku redha bahawa islam itu adalah agama kamu”
Belajarlahlah dan terus belajar agar kefahaman itu hadir bukan sekadar faham tetapi memahami dengan fahaman yang sohih tanpa ada penyelewengan

2.KEWAJIPAN BERAMAL DENGAN  ISLAM

Islam bukan hanya pengetahuan bukan hanya memahami bahkan islam juga adalah perbuatan dan amalantidak cukup bagi pemuda untuk belajar tapi harus mengamalkan apa yang dia belajar
Jika tidak terimalah celaan Allah sebagaimana Firman-Nya di dalam surah Al-Jumu’ah ayat 5 “perumpaan mereka yang diberi tugas membawa taurat  kemudian mereka tidak membawanya(tidak mengamalkannya) adalah seperti keldai  yang membawa kitab yang tebal.sangat buruk perumpaan kepada kaum yang meningkari ayat Allah dan Allah tidak member petunjuk kepada mereka yang zalim”
Celaan ini kepada yahudi tetapi boleh juga jadi kepada kita jika hanya belajar tapi tiudak langsung menghiraukan untuk bneradu tenaga mengamalkan apa yang telah dipelajari
Islam bukan sahaja di kitab-kitab bahkan harus diekspresikan di dalam kehidupan

3.KEWAJIPAN MENYERU KEPADA ISLAM

Cukup diekspresikan dengan firman Allah di dalam surah yang selalu kita lazimi iaitu surah a-asr
“Demi masa.sesungguhnya manusia berada didalam kerugian.kecuali mereka yang beramal kebajikan dan saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran”
Renumgkan ayat ii bukan sekadar membaca tadaaburlah banyak input yang akan diperoleh

4.KEWAJIPAN SALING MEMBANTU SESAMA MUSLIM

Bantulah mereka yang memerlukan saling menguatkan antara satu sama lain
Sabda Rasulullah saw sebagaimana di dalam Sahih Muslim

Dari Abu Musa bahawa Rasulullah saw bersabda:"Mukmin itu umpama satu binaan mereka saling menguatkan antara satu sama lain" 

Pedulilah akan hal ehwal muslim mereka juga sebahagian daripada kita..tidak inginkah kita melihat islam bangun semula dan jika ini diterjemahkan di dalam perbuatan maka akan datanglah hari sebagaimana yang Allah rakamkan di dalam surah Al-Rum ayat 4-6
“Bergembiralah orang-orang yang beriman.kerana pertolongan Allah Dia menolong sesiapa yang dikehendaki Dia Maha Perkasa lagi Maha Penyayang.(itulah)janji AllahAllah tidak menyalahi janjinya tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”

Semoga Allah redha