Saturday, February 25, 2012

WARKAH BUAT REMAJA

Wahai remaja
tidakkah kamu sedar akan betapa harganya dirimu
terlalu mahal jika dibandingkan dengan yang lain
mengapa direndahkan nilainya
dek kerana cinta yang fana?

Wahai remaja
umurmu masih muda
perjalanan mu masih panjang
masih banyak ranjau dan cabaran yang harus ditempuh
jadi mengapa disia-siakan usia mu?

Wahai remaja
kamu cinta pada manusia
maka dia akan binasa
kamu cinta kan sekuntum bunga
maka dia akan layu
kamu cinta akan Allah dan Rasullullah saw
percayalah kejayaan pasti akan menanti

Wahai remaja,
tidakkah kamu kenal pada Mus'ab b umair
Ali b Abi Talib,Hassan dan Hussin,dan selain mereka
mereka inilah sosok remaja
ada yang pernah menggegar dunia
ada yang pernah berkorban kerana Islam
sumbangan mereka tidak dapat dilupakan
apa pula sumbangan kalian?

Wahai remaja
fikiran mu bersih jangan dikotori
hati mu suci jangan dicemari
jika ilmu ada di dada jangan dikhianati
setiap detik dalam hidupmu adalah sesuatu berharga
jangan disiakan

Wahai remaja
gunakan masa mu dengan pengetahuan
di samping diisi dengan skill yang berlainan
lengkapkan dengan persediaan rohani dan jasmani
agar tidak hanyut dibawa arus dunia yang fana

Wahai remaja 
kamulah penggoncang dunia
kamulah penggegar pemerintah yang zalim
jika kamu rosak
bagaimana masa depan dunia
mahukah kamu melihat dunia hancur ?
disebabkan buruknya perilaku dan akhlak pemimpin
bangkitlah wahai remaja
jangan lena dibuai mimpi dunia
dunia ini hanya jambatan kepada negeri abadi
kamulah harapan bangsa dan agama


Gambar bersama rakan-rakan sebelum bertolak ke Jordan

Friday, February 3, 2012

MAHASISWA ISLAM: APA TUGAS KITA?

Assalamualaikum
ana harap semua berada dalam keadaan sihat.sudah lama rasanya ana menyepi.Alhamdullillah selesai sudah ana dan rakan-rakan di Mafraq,Jordan mendengar sedikit taujihat daripada Ustaz Shahrizan Daud At-Turabi iaitu salah seorang mursyid Imam Muda musim pertama.Beliau memberi sedikit nasihat tentang apakah tugas seorang mahasiswa khususnya di timur tengah.

GOLONGAN AGAMA YANG SERBA BOLEH
Ini adalah salah satu perkara yang disentuh oleh Al-Fadhil Ustaz Shahrizan semasa pertemuan kami bersama beliau di Rumah Persatuan PRISMA.Beliau menyentuh betapa pentingnya bagi seorang yang mempelajari ilmu agama mempunyai beberapa kebolehan bukan hanya hebat di dalam pelajaran tapi mampu juga menjana pemikiran.Kebolehan seperti mampu mengurus sesuatu organisasi,mengurus masa dengan baik,melakukan sesuatu kerja dengan teliti dan teratur,mampu bercakap di kahalayak ramai dan lain-lain lagi soft skill harus diterapkan dalam diri setiap mahasiswa agar ianya menjadi sesuatu yang menjadikan kita lain dari yang lain.
Betapa ramai golongan agama yang pada hari ini mengambil sikap tidak endah perkara ini.Kebolehan ini adalah sangat penting khususnya dalam bidang dakwah.Zaman sekarang adalah zaman 'langit terbuka'.Masyarakat sekarang adalah masyarakat yang bermaklumat sehingga di kampung-kampung juga masyarakatnya merupakan masyarakat up-to-date.Jadi harus bagi seorang pendakwah itu mempersiapkan diri bukan hanya dari segi ilmu agama bahkan ilmu lain juga harus dikuasai agar mudah menarik mad'u.Selain itu golongan ini juga harus mampu bergaul dengan masyarakat sekitar tidak kira apa jua latar belakang.inilah manhaj yang dibutuhkan dan harus diterapkan dalam diri setiap pendakwah.jangan hanya bergaul dengan kelompok sendiri.Cubalah terjun ke dalam masyarakat.Inilah yang dikatakan versatil.Kata Ibnu 'Aqil (pakar nahu arabi)
                                            
                   "Seorang yang bijak adalah ketika bersama isteri bergurau senda ketika bersama anak-anak akan menjadi kebudak-budakkan"
Tugas kalian bukan hanya berfatwa begini dan begitu namun cubalah untuk memahami masyarakat dan bergaul dengan mereka.


SEMUA  BIDANG DICEBURI
Bagi yang mengambil jurusan agama pastikan diri anda tidak hanya tertumpu apa yang diceburi.Cuba untuk menceburi bidang yang lain.Imam Abu Hanifah rah( w 150 H) merupakan salah seorang Imam mazhab yang empat.Beliau bukan sahaja menjadi seorang ulama' yang hebat dengan ilmu fiqh,hadis dan sebagainya beliau juga seorang peniaga kain yang berjaya.Inilah yang akan menjadi daya penarik bagi seorang yang mengambil jurusan agama dan sekaligus mengubah perspektif masyarakat yang menganggap golongan ini sebagai golongan yang lembab dan tidak ada nilai tambah.Bahkan masyarakat akan memandang bahawa bidang agama bukan bidang yang terkebelakang namun satu bidang yang memandang jauh ke hadapan.

Profesional+Versatil(personaliti,kredibiliti dll)=menarik mad'u ke arah yang lebih baik


TIADA PERBEZAAN
Bagi yang memilih jurusan seperti akauntan,doktor,engineer dan lain-lain bidang tugas anda juga tidak sama kurangnya tugas anda dalam memimpin masyarakat menuju redha Allah.Tugas dakwah bukan hanya tugas ustaz dan ustazah namun tugas semua yang mengucapkan kalimah tauhid "tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad saw adalah pesuruh Allah".saya tak belajar la bab-bab agama ni saya doktor tak perlu kot saya berdakwah".Ini bukan alasan.Tugas kita sebagai muslim semuanya sama.tidak kira jurusan agama ataupun tidak.Ana tidak ingin menggunakan perkataan profesionalisme bagi yang tidak mengambil jurusan agama kerana bagi ana bidang agama adalah bidang profesional dan begitu juga dengan bidang yang lain.Tapi ingat tugas kalian bukan memberi hukum tapi membantu dalam melaksanakan dan menegakkan hukum Allah di atas muka bumi.Golongan inilah antara golongan yang akan membantu dalam menghidupkan islam di mata masyarakat.Jadikan bidang kalian sebagai satu medan dalam menarik masyarakat dalam menghayati islam.

Doktor,Arkitek dll+Ulama'=tertegak kalimah Allah di muka bumi

MENGHIDUPKAN ISLAM DALAM KEHIDUPAN
Inilah yang paling penting mulakan dengan sekecil-kecil amalan seperti membaca bismillah di permulaan setiap amalan sehinggalah sebesar-besar amalan seperti berdakwah dll.Apa yang ana lihat ada sahaja sesetengah golongan yang menceburi bidang agama tetapi amalan dan akhlak serta kehidupan mereka tidak menggambarkan bahawa mereka adalah seorang pelajar agama.bahkan lebih teruk dari itu.Ana bukan hendak menghentam tapi inilah realiti bahkan ana merasa malu melihatkan golongan doktor,engineer,akauntan,dll dapat menonjolkan imej islam lebih lagi dari mereka yang mempelajari ilmu agama.Bukan ke ini akan membawa fitnah kepada islam itu sendiri bilamana golongan agama sendiri memperlekehkan agama,Islam bukan hanya ilmu semata-mata bahkan ia adalah sebuah cara hidup.

BANYAKKAN FIKIR
Sebagai kesimpulannya tugas seorang mahasiswa islam bukan hanya mampu menjana kecermelangan untuk diri bahkan mampu mencermelangkan orang lain.Tugas dakwah dan menegakkan agama Allah ini bukan hanya dipikul bagi yang menceburi bidang agama namun bagi bidang yang lain juga harus melaksanakan tugas ini sehinggalah Islam betul-betul tertegak diatas muka bumi.Mulakan dari sekarang dan rangka gerak kerja masing-masing kerana selepas kita 'graduate' tiada masa untuk kita berehat.

Gambar hiasan