Assalamualaikum wbt kepada semua ikhwah
Alhamdullillah ana baru sahaja habis menghadapi Imtihan akhir bagi semester ini.Harap-harap mendapat keputusan yang cemerlang,Insyaallah
BERLABUHNYA TIRAI 2011
Dalam kita sedar atau tidak kini kita sudah berada dalam tahun 2012.Terlalu cepat masa berlalu sampai tidak terasa.tahu-tahu sudah berada dalam tahun baru.Bak kata pepatah arab:
Alhamdullillah ana baru sahaja habis menghadapi Imtihan akhir bagi semester ini.Harap-harap mendapat keputusan yang cemerlang,Insyaallah
BERLABUHNYA TIRAI 2011
Dalam kita sedar atau tidak kini kita sudah berada dalam tahun 2012.Terlalu cepat masa berlalu sampai tidak terasa.tahu-tahu sudah berada dalam tahun baru.Bak kata pepatah arab:
"الوقت كالصيف ادا لم تقطعه قطعك"
"waktu itu ibarat pedang kalau engkau tidak memotongnya dia yang akan potong engkau"
Namun jika kita koreksi dan muhasabah diri kita adakah sepanjang tahun 2011 yang dijalani oleh kita dipenuhi dengan perkara yang berfaedah?ataupun hanya memenuhi tuntutan hidup tanpa dipenuhi dengan perkara yang bermanfaat?Berlabuh nya tirai 2011 harusnya dipenuhi dengan sesalan jika kita melaluinya dengan jalan yang tidak diredhai Allah swt dan hanya dijalani dengan penuh keseronokan tanpa patuh dan taat kepada perintah Allah dan Rasul-Nya.Walaupun sepanjang tahun 2011 ada kenangan yang pahit jadikannya sebagai pengalaman dalam menghadapi hidup yang akan datang
TERSINGKAP TIRAI 2012
Inilah yang dianggap sebagai buku baru.Seorang pelajar jikalau catatannya sudah penuh satu buku pasti akan mencari buku yang lain untuk ditulis.Inilah peluang yang harus direbut oleh setiap insan kerana inilah peluang dan ruang yang terbesar untuk kita memperbetulkan masa lalu kita yang telah dijalani.pastikan tahun baru ini menjadikan kita lebih tabah dan bertambah keinginan untuk terus patuh kepada perintah Allah dan Rasul-Nya.setiap gerak geri kita haruslah mengikut apa yang diredhai Allah.jangan sampai tahun baru ini tiada langsung perubahan.lakukan sedikit anjakan paradigma.Perubahan itu pula perlulah positif .Kalau pelajar harus berazam untuk menuntut ilmu dengan lebih tekun dan gigih dalam memberi manfaat kepada masyarakat satu hari nanti.Harus disipkan.diri dengan ilmu yang hanya terdapat di kuliah tetapi bacaan luar ataupun kelas2 luar harus dihadiri.mantapkan jati diri dan harus lebih matang dalam menilai sesuatu.kalau bagi ibu bapa pula harus berusaha untuk mewujudkan biah solehah dalam rumah dan memastikan ahli rumah dan anak-anak menjadi orang yang patuh dan tunduk pada perintah Allah di samping menanamkan tarbiah islamiah yang sohih kepada anak-anak.Bagi suami isteri harus berazam dan berusaha sempena tahun baru untuk memantapkan lagi institusi kekeluargaan berlandaskan apa yang telah ditetapkan syara'. bagi pemerintah pula haruslah berusaha untuk lebih adil dalam pemerintahan dan telus dalam melaksanakan undang-undang. itulah antara contoh dalam dalam melakukan pembaharuan dalam hidup sempena tahun baru yang baru sahaja hadir.Pastikan "hari ini lebih baik dari semalam".mungkin juga seseorang itu boleh berusaha merubah dirinya dari sifat yang buruk kepada sifat yang lebih.
KESIMPULAN
pastikan kita menggunakan waktu dgn sebaiknya jangan disiakan
Firman Allah swt dalam Surah Al-Asr:
والعصر . ان الانسان لفي الخسرز الا الدين ءامنوا وعملوا الصلحت وتواصوا بالحق وتواصوا بالصبر
Mksudnya:Demi masa.Sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali yang beriman dan yang beramal soleh
serata berpesan kepada kebenaran dan sabar"
Jangan leka dengan apa yang ada disekeliling.Hargai setiap waktu kerana masa itu merupakan emas.
Gunakan sebaiknya dalam menjalani tahun baru ini.jangan hanya berazam tapi harus diselangi dengan kekuatan untuk melaksanakannya.Cuba jadikan tahun 2012 tahun yang penuh diberkati dengan melaksanakan kewajiban sebagai hamba Allah dan khalifah Allah di muka bumi ini.
Waallahu a'lam
p/s